DAP rasis? Tapi dalam DAP ada semua kaum. AGM DAP pun dalam
Bahasa Melayu.
Dalam MCA dan MIC ada Melayu ke? Dalam PAS dan UMNO ada bukan
Melayu? Dalam PAS mungkin ada tapi ahli bersekutu. Yang tak diberikan hak untuk
mengundi. PAS bukan setakat rasis bahkan mengamalkan sistem kasta.
Sila tengok cermin dulu sebelum nak kata. Dalam PN ada sejenis
parti bernama Gerakan. Parti yang dakwa berbilang kaum tapi kalau tengok
ahlinya majoriti Cina. Bahkan JK tertinggi pun payah nak jumpa Melayu. Apa
cerita?
Rasis atau tak parti tu bergantung kepada PAS. Kalau parti tu
kerjasama dengan PAS, dia tak rasis. Kalau tak kerjasama dengan PAS, parti tu
rasis.
Macam yang terjadi kepada MCA. Masa PAS dalam PR, MCA anti
Islam. Tapi bila PAS mengendeng ke BN, tiba-tiba MCA baik. Siap lupa yang MCA
pernah samakan Hadi dengan monyet. Guane boh?