NIK HASHUDEEN
Mencuri data peribadi
untuk kempen pilihanraya
Di zaman sekarang,
kempen atas talian adalah satu kaedah lazim untuk mencari pengaruh termasuk
bagi mendapatkan undi di dalam pilihanraya. Bagi tujuan ini, data peribadi
pengundi diperlukan untuk pelbagai analisa dan kempen.
Saya tak tahu samada
data peribadi yang bersesuaian dan lengkap boleh didapati secara sah oleh
parti-parti yang bertanding. Sebagai seorang rakyat Malaysia saya rasa saya tak
pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk memggunakan data peribadi saya
bagi tujuan kempen. Walaupun ada sumber data yang besar yang dikumpulkan secara
rasmi, saya tak pernah bertemu dengan pengumpulan data secara khusus bagi
tujuan politik.
Artikel yang saya
kongsikan di sini adalah satu peringatan berkenaan hukum hakam menceroboh data
dan maklumat peribadi dari segi Islam. Jangan main-main dengan data peribadi
yang dikumpul tanpa keizinan tuannya. Jika terlepas di dunia pun, di akhirat
kena jawab juga. Tak kita apa perjuangan anda, hasil tidak menghalalkan cara,
kan?
EJOURNAL.UM.EDU.MY
ejournal.um.edu.my