Ringgit jatuh ke paras
terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS hari ini (14 Oktober 2022).
Ringgit hari ini (14 Oktober
2022) menjunam ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan
dolar Singapura (SGD) dipengaruhi berita Rizab Persekutuan (Fed) dan pengetatan
dasar monetari negara seberang tambak itu.
Ketika
penutup urusniaga jam 6 petang tadi, ringgit jatuh kepada RM4.7045 berbanding
dolar, daripada penutup RM4.6925 semalam, manakala mata wang tempatan merosot
kepada RM3.3025 berbanding SGD.
Kali
terakhir pasangan mata wang tempatan mencecah melebihi 4.7 adalah ketika Krisis
Kewangan Asia pada 1 September 1998, di mana ringgit berada pada 4.7125. Dalam
tempoh setahun, ringgit telah menyusut 12.91 peratus berbanding dolar AS.
Sementara
itu, ringgit merosot berbanding SGD kepada rekod baharu kadar pertukaran
3.3025, selepas Singapura mengetatkan dasar monetarinya pada sebelah pagi untuk
melawan inflasi.
Nilai ringgit ditutup pada
3.3025, setelah seharian didagangkan antara 3.2831 dan 3.3095. Ini adalah hari
ketiga berturut-turut ringgit ditutup pada paras rekod terendah, selepas 3.2738
pada Khamis dan 3.2609 (Rabu).
Setakat
ini, SGD telah mengukuh berbanding ringgit sebanyak 7.03 peratus. Ia ditutup
pada 3.0857 pada 31 Disember 2021, memetik laporan TheEdge.
Dalam
satu kenyataan pada Jumaat, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ia akan
memusatkan semula titik tengah jalur dasar kadar pertukaran berkesan nominal
(S$NEER) SGD ke tahap lazimnya, tetapi mengekalkan cerun dan lebarnya.
Tidak
seperti bank pusat negara lain, yang melaraskan kadar faedah masing-masing
sebagai sebahagian daripada dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi
dan mengekang inflasi, dasar monetari MAS melibatkan pelarasan kepada jalur
dasar S$NEER.
UOB
Group Research dalam notanya pada Jumaat berkatamereka melihat lebih banyak
ruang untuk mengetatkan sehingga 2023, terutamanya jika inflasi teras tidak
menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan.