90 Peratus pengundi muda tolak BN - 'Datuk Nik Amar
KELANTAN: Sebanyak 90 peratus pengundi muda dijangka menolak BN
dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar
Abdullah.
Menurut beliau, penolakan itu disebabkan tahap kesedaran yang
tinggi dalam kalangan pengundi muda menyebabkan mereka mahu menolak parti
berkenaan
"Bagaimanapun, semangat menolak BN tersebut diharap akan
memberi undi kepada Pas.
"Cuma parti mana yang mereka akan pilih nanti, ia sukar
untuk dibuat telahan," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Kota
Darulnaim di sini.
Tambah Mohd Amar, semua itu bergantung kepada senarai calon yang
dapat memenuhi aspirasi pengundi muda.
"Golongan muda mahu pemimpin yang mempunyai latar belakang
yang elok dan bersih daripada sebarang isu terutama rasuah," katanya.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini
untuk memberi laluan kepada PRU15.
Ismail Sabri mengumumkan perkara itu secara langsung menerusi
saluran televisyen tempatan jam 3 petang pada Isnin.
Sumber: Sinar Harian
Kiriman: Noor Azam
Like Facebook Kelantan State - Tourism
Like Facebook Kelantan State TV
Join Group FB : https://www.facebook.com/groups/415189197047059/?ref=share
Instagram: https://www.instagram.com/kelantan_state/