DUN BELUM BUBAR- TENDANG SAJA YANG KHIANAT TU

 

PH bincang nasib DUN P Pinang hari ini.



Loke Siew Fook berkata, terdapat sokongan kuat dalam DAP negeri untuk DUN Pulau Pinang dibubarkan seiring pembubaran Parlimen. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan membuat keputusan pada Rabu, sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan atau sebaliknya.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu malam tadi membincangkan perkara berkenaan secara panjang lebar.

Katanya, satu daripada faktor yang diambil kira ialah sokongan kuat dalam DAP Pulau Pinang untuk pilihan raya persekutuan dan negeri diadakan serentak.

“Keputusan berhubung perkara itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat Majlis Presiden PH esok (Rabu),” kata Loke di ibu pejabat parti itu malam tadi.

PH yang mentadbir Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum ini berkata, tiga DUN itu akan berkhidmat sehingga penggalnya tamat.

Kerajaan Selangor mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk terus berkhidmat sehingga pertengahan 2023. Perak dan Perlis yang ditadbir Barisan Nasional pula dilapor akan mendapatkan perkenan diraja untuk membubarkan DUN.

PAS yang menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu turut membantah pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, pemimpin DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaporkan mengunci mulut berhubung keputusan yang dicapai selepas dua kali mempengerusikan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi DAP dan PH negeri.

“Kami sudah mencapai satu kata putus yang perlu merujuk kepada PH pusat, sebelum membuat sebarang pengumuman,” kata Chow pada Selasa.

Panel 5 anggota pilih calon DAP 

Loke berkata, CEC parti itu memberi mandat penuh kepada panel lima anggota untuk menentukan pemilihan calon PRU15.

Mereka terdiri daripada Loke, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi, Gobind Singh Deo, Naib Pengerusi, M Kula Segaran serta Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming.

Jawatankuasa negeri diminta menyerahkan nama calon cadangan untuk pertimbangan panel itu menjelang 17 Okt ini. Pemilihan calon DAP dijangka selesai pada 23 Okt nanti.

Loke berkata, semua konvesyen DAP negeri ditangguhkan sehingga selepas PRU15, kecuali Konvensyen DAP Pahang yang dijadualkan pada 16 Okt ini.


No comments: