MISI DARURAT BANJIR


 

NURUL IZZAH


Semasa misi Darurat Banjir 2021 yang lalu, saya mohon pasukan Rahmah Support Team turun bersama bagi memberikan bantuan sokongan mental, emosi dan psikologi buat mangsa banjir.

Sementara kami yang lain mencuci rumah yang dilanda banjir sehingga tinggi paras bumbung, mereka adakan sesi bersama kanak-kanak mangsa banjir.

Selesai kesemuanya, mereka kongsikan cerita, bila kanak-kanak mangsa banjir diminta melukis apa yang mereka rasakan menerusi ‘art therapy’.

Ada yang melukis cita-cita menjadi seorang doktor, kata mereka - “Saya nak jadi doktor supaya boleh bantu orang ramai dan bantu mak ayah pindah dari sini. Sebab kami takut nak hadap banjir lagi” 

Mungkin pada pandangan orang ramai, kanak-kanak ini melukis sekadarnya untuk suka suka, tetapi dari situlah kita lihat luahan emosi, cita-cita dan matlamat yang ingin mereka capai dalam kehidupan 

Sangat tidak mudah untuk menerima takdir yang menghenyak dengan begitu mengejut. Banjir ini pasti surut, namun dampaknya pada jiwa belum tentu.

Berikan sokongan pada mereka yang memerlukan. If someone you know is struggling, reach out and support them.

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022