SYAIR ANAK NEGERI : TUNJUKKAN LAH ISLAM ITU GAH

 



ANA TAHU



Sedihnya tengok stesen bas negeri saya.

Tempat ini bukan di daerah.

Tempat ini di Ibu Negeri.

Lepas solat, rasa nak doa…


“Ya Allah, bukalah mata sesiapa yang bertanggungjawab naik taraf stesen bas ni…biarlah anak cucu mereka rasa apa yang rakyat marhaen rasa…”

Lama dah tak turun bas di sini.

Semalam sedih sangat rasa.

Ia masih sama macam 10 tahun lepas.

Atau mungkin berbelas tahun lepas?


Kita pergi KLIA, TBS… tandas selesa, cantik sangat sampai boleh tidur di lantai, tak perlu bayar apa-apa.

Sini?

Yang tandasnya amat daif, perlu bayar 50 sen!

Ada kakak tu, sambil menunggu, terpaksa terduduk. Tak tahan sangat!

Yelah, stesen bas wakil negeri,

Tandas 4-5 je.

Sorang tu guna tandas, tukar pampers 2 orang anak pula.

Sedih!

Sedih sangat!


Nak solat pun berhimpit-himpit.

Orang merokok pun penuh di tepi tu.

Yang paling sedih, nak ambil air sembahyang. Pili cuma ada tiga. Nak letak tudung pun cari paku yang tersembunyi. Kalut lari menyelit time lelaki lalu lalang.


Letak beg di surau,

Kemudian pakai tudung, ke bilik sebelah yang 1/4 lebih sempit, untuk berwuduk.

Situ, lalu lalang para lelaki,

Boleh sahaja ternampak aurat wanita yang ambil wuduk.

Saya pun terfikir…

“Beginikah negeri yang berbangga dengan Islam di negerinya?”

“Level ini sahajakan negeri Islam boleh buat?”

“Tak cukup duit sangatkah kita?”

Menteri, boleh pakai Merc dan BMW.

Anak Menteri, boleh duit raya 3,000 oleh ayahnya… setiap anak.


Tapi?

Nak memudahkan orang solat di stesen bas begini, yang sangat ramai orang, ada menteri kisah?

‘Takde ke anak menteri yang naik dan turun bas?’

‘Ke mereka semua naik kereta dan naik flight semata? Sampai takde orang cakna pun kebajikan ini?’

Yang lain tak kisah sangat.

Kedai makan yang serba sedikit.

Cuma yang sedih sekali part surau.

Tidak mesra.

Sempit.

Nak buka tudung pun tak selesa, sebab ada satu langsir yang melayang-layang, boleh jemaah lelaki nampak.

Teringat akan seorang jutawan yang saya jumpa.


“Saya buat kandang kambing di Kuala Selangor, harga 250K, orang tanya, kenapa mahal sebegitu buat ‘rumah kambing’. Hebat!”

“Saya nak buat macam tu, nak nampak Islam itu gah! Nak nampak orang Islam sebagai wow! Biasa orang Cina je buat kerja-kerja macam ni…”


Semoga!

Pihak yang berwajib pandang cakna akan hal ini.

Semoga tiada jemaah yang terkesan dan berdoa,

“Ya Allah, memang aku dapat pahala kalau bersusah untuk solat, menunggu panjang nak berwuduk dan bersesak… tapi Kau hitunglah pihak yang berwajib yang tak memudahkan urusan kami.

Mereka yang selesa dengan kereta mewah mereka, tapi kami yang naik turun bas ni, sentiasa bersusah… kami tuntut mereka di Padang Mahsyar….”


Begitulah!

Bukan mudah menjadi pemerintah.

Tapi, apa salahnya berjiwa rakyat.

Bukan sendiri sahaja selesa dalam Merc dan BMW beraircond dingin, rakyat marhaen ini sentiasa akur dan taat semata.

Takkan nak rakyat marhaen je nak banyakkan pahala bersyukur dan bersabar?

Takkan pihak berwajib tak nak pahala memudahkan dan membuatkan orang selesa bersolat dan berwuduk?

Takkan nak rakyat marhaen je sedut bau rokok, bercampur bau tomyam kemudian bau tandas dan bau hapak surau?


Itu saya tak sempat tengok pula, ada yang kata mungkin boleh jumpa tahi lembu ke apa tepi tu.

Tunjukkan Islam itu gah,

Supaya ramai berminat dengan Islam.

Kritik, kerana sayang.

Rasanya kalau orang minta derma seratus sorang, sanggup nak bagi, untuk keselesaan orang ramai. (Ke ada tabung derma yang saya tak tahu?… please adakan pencetus)

Tak tahu nak meluah pada siapa.

Kita yang jarang-jarang guna pun sedih rasa. Setahun mungkin sekali dua. Bayangkan yang memang kerap guna. Time cuti sekolah atau cuti raya.

Mungkin bukan salah menteri.

Mungkin ada pihak swasta boleh berkolaborasi dengan syarikat bas.

Rasa boleh banyakkan kedai, cantikkan suasana. Ramai boleh tambah rezeki di sini.

Mohon Mencadang!

Selesa Itu Indah!

Islam Itu Indah!

Tak minta lebih.

Tak minta pawagam pun.

Tak minta mall pun.

Tak minta tempat yang mewah pun.

Asalkan ada proper surau/masjid tepi tu.

Dengan tempat wuduk yang lebih luas.

Tandas lebih selesa. Ada tempat duduk untuk mak cik nenek yang kurang larat.

Malu pada student cina, india yang belajar, atau yang kerja situ, kelihatan betapa tak comelnya negeri Islam yang dibanggakan. Orang akan nampak cantiknya Islam pada apa kita buat, bukan seberapa banyak kita cakap dan cakap.

Sampai bila nak ada ‘victim mindset’

Yang sampai ke sudah tak ada growth mindset. Cubalah berubah menjadi solution focus.

Jangan apabila kita sudah terjatuh.

Baru nak menyesal.

Jangan nak kata ‘takdir Allah’ pula.

Benda kita boleh agak.

Orang nak juga Islam.

Cuma orang hanya nampak Islam kita pada kopiah dan jubah. Bukan pada akhlak dan tindakan. Tak boleh juga.

Ada orang, pakaian biasa-biasa.

Namun itqan dan baik akhlaknya,

Menunjukkan Islam sebenar.

Macam jutawan tadi.

Buat kandang kambing pun ratus ribu.

Supaya nak nampak Islam itu hebat.

Orang Islam pun boleh berjaya dan kaya.

Mekah dan Madinah pun surau dia terbaik dan super bersih. Nampak Islam itu best.

#kritikUntukKebaikan

#MembangunBersamaIslam

#TunjukkanIslamItuGah