Jabatan Penjara nafi dakwaan Najib ditahan di rumah, bukan dalam
sel
Malaysiakini
Jabatan Penjara Malaysia menyangkal khabar angin bahawa bekas
perdana menteri Najib Razak tidak menjalani hukumannya di dalam sel penjara.
Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya," kata jabatan
itu secara ringkas di Facebook hari ini.
Hantaran itu turut melampirkan tangkap layar pesanan WhatsApp
yang membuat dakwaan itu, dengan memetik sumber tidak bernama yang kononnya
bekerja di Kompleks Penjara Kajang.
Sebaliknya, menurut pesanan itu, Najib didakwa ditempatkan di
sebuah rumah di kompleks tersebut yang sepatutnya digunakan oleh "pegawai
kanan penjara".
Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos lalu setelah
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan
hukumannya di atas pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan
pengubahan wang haram.
Pertuduhan itu berkaitan dana SRC International berjumlah RM42
juta yang dipindahkan ke akaun peribadinya.
Najib merupakan bekas perdana menteri pertama Malaysia yang
dihukum penjara. Selain itu, dia kini juga sedang berdepan empat perbicaraan
jenayah yang lain