NIK HASYUDEEN
Macamana orang sekarang kata
derma politik suci bersih?
Saya membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan memgenai kes
rasuah Datuk Harun Idris. Fakta kes ini jelas bahawa dia mahu mencari duit
UMNO. Dengan sebab itu dia dipenjarakan.
Bermula dengan isu seorang Ketua Menteri, pandangan berkenaan
derma politik sebagai rasuah telah berubah. Ianya adalah pandangan Peguam
Negara. Masa tu saya berada dalam Panel Pemantauan Operasi SPRM.
Di dalam kes yang melibatkan seorang bekas menteri, sabitan
rasuah di Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan keputusan 2-1.
Malangnya Peguam Negara tidak merayu kes ini di Mahkamah Persekutuan. Jika
tidak, kita boleh tahulah derma politik ni suci atau pun sebenarnya jenayah
yang nak disucikan.
Mungkin dengan satu kes yang dibicarakan sekarang, perkara yang
mengarut ini akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Harapnya derma politik
dijenayahkan kembali macam kes Datuk Harun.