SIAPA HAKIM TAN SRI HARUN HASHIM?
Keberanian Tun Maimun mengingati kita Tun Salleh Abbas
NORMAN RADZUAN
2 HAKIM YANG BERANI BERKATA BENAR
Bukan mudah utk seorang Hakim menjatuhkan hukuman kpd kes
berprofile tinggi. Apatah di negara yg dikatakan berlaku campurtangan kuasa
eksekutif. Sejak kes Najib satu persatu kes berprofile tinggi menampakkan satu
persatu Hakim2 menunjukkan integriti mereka.
Keberanian Tun Maimun mengingati kita kpd keberanian Tun Salleh
Abbas sehingga beliau dipecat kerana krisis perlembagaan tahun 1988. Tetapi
tidak ramai yg tahu dua wira hakim yg tidak didendangkan atas keberanian mereka
iaitu Tan Sri Harun Hashim dan Datuk Nazlan Mohd.
Siapa Hakim Harun Hashim? Jika Nazlan Hakim yg berani
memenjarakan Najib, Harun Hashim adalah Hakim yg berani mengharamkan UMNO pada
tahun 1988.
Yg mengejutkan tujuan beberapa ahli UMNO membawa kes itu ke
mahkamah hanya tujuan utk membatalkan pemilihan parti tersebut yg dianggap
tidak mematuhi perlembagaan parti tetapi sebaliknya telah diharamkan oleh Hakim
Harun Hashim berdasarkan undang2.
Namun yg sebenarnya Harun Hashim wajar diingati kerana dua
legasi terbesarnya sebagai hakim yg sgt berintegriti dan perjuangan beliau
menentang rasuah.
Legasi anti rasuah Harun Hashim tidaklah menghairankan kerana
beliau merupakan pengarah ‘SPRM’ pertama, sewaktu itu dikenali sebagai Biro
Siasatan Negara (BSN) bermula tahun 1967.
Sewaktu menjadi pengarah BSN, Harun Hashim baru berusia 38
tahun. BSN ditubuhkan khas atas permintaan Perdana Menteri ketika itu. Tunku
memanggil Harun Hashim dan meluahkan hasratnya utk melihat agar masalah korupsi
yg berlaku di negara Asia lain tidak berlaku di Malaysia.
Harun Hashim memulakan tugas sebagai pengarah BSN pada 11 Ogos
1967, tanpa berdasarkan apa2 peruntukan undang2 kerana BSN hanyalah aturan
pentadbiran semata mata.
Sepanjang bertugas sebagai pengarah BSN, beliau tidak pernah
menghadapi sebarang campur tangan dari pihak eksekutif.
Pernah berlaku kes seorang ahli politik dari parti pemerintah
ditangkap atas pertuduhan rasuah, para penyokong mereka pergi berjumpa Tunku
dan meminta Tunku utk campur tangan.
Apabila mengetahui penangkapan dan pendakwaan itu dilakukan oleh
BSN, Tunku menegaskan beliau tidak boleh campur tangan. Apa yg boleh beliau
lakukan hanyalah mengesyorkan kawan baiknya yg merupakan seorang peguam utk
membela tertuduh di mahkamah.
Sebagai TPR, Harun Hashim merupakan satu satunya autoriti
penentu utk mendakwa sesiapa jua di dlm kes korupsi tanpa perlu merujuk kpd
Peguam Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusof yg juga merupakan
seorang Menteri Kabinet. Tidak pernah walau sekali Peguam Negara bertanya
kepada Harun Hashim mengenai apa2 kes korupsi.
Harun Hashim juga mempunyai akses secara langsung dgn Menteri
Kewangan ketika itu, Tun Tan Siew Sin utk peruntukan belanjawan bagi tujuan
operasi BSN.
Dlm tempoh yg singkat kira2 empat tahun, BSN menjadi satu entiti
yg sangat digeruni oleh para kakitangan kerajaan, politikus dan ahli
perniagaan.
Harun Hashim menjadi pengarah BSN selama empat tahun sebelum
dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1971 di usia baru mencecah 42
tahun.
Harun Hashim yg bersara sebagai Hakim Mahkamah Agung memberitahu
beliau tidak pernah diganggu atau ditekan utk membuat sebarang keputusan
berkenaan kes2 yg didengarnya.
Sejarah membuktikan jika orang itu bersih, sampai bila2 pun org
akn menyebut mengenai ketelusan dan integritinya. Semoga Hakim2 yg sedia
menjadikan kisah Allahyarham Tun Salleh Abbad dan Allahyarham Tan Sri Harun
Hashim sebagai ikon keberanian dan integriti mereka.