YB STEVEN SIM BERJASA LAGI

 


AKU ADA MASUKKAN DALAM BLOG INI BEBERAPA KISAH YB STEVEN NI TOLONG BANGSA AKU, MELAYU. BARU MINGGU LEPAS DIA TOLONG SATU WARGA EMAS YANG TINGGAL MENUMPANG DI SURAU..DIA BAGIKAN MODAL BERNIAGA ROTI CANAI DAN CARIKAN RUMAH FLAT UNTUK DISEWA.MAKNA KATA DIA TAK BUAT MACAM KERAJAAN BAGI IKAN PADA BANGSA DIA...MELAYU TAK MALAS..TAPI SEPATUTNYA DASAR DASAR KERAJAAN INI MENGHALA KEPADA KEGIATAN MENYOKONG KEHIDUPAN SENDIRI.

TAPI DALAM SATU KOMEN MUSIBAT MANA YANG MENGATAKAN BAHAWA TOLONG BANGSA KAUM LAIN INI TAK IKLAS. AKU MALAS NAK JAWAB SEBAB AKU TAHU MASYARAKAT KAMI BERBILANG KAUM..KAMI DIBESARKAN DENGAN PERSAINGAN YANG SIHAT TERUTAMANYA PENDIDIKAN.KAMI DILATIH OLEH BANGSA KAMI MELAYU DI PULAU PINANG IALAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN PERLU KEPADA PERSAINGAN DALAM  PENDIDIKAN.WALAU APA BIDANG PENDIDIKAN SEKALI PUN.

ITU SAHAJA- 







Hari ini saya di KL untuk bersarapan dengan Encik Lawrence Wong, Timbalan Perdana Menteri Singapura. Ketika itu ada orang tag nama saya kat posting sedih seorang brader rider Lalamove yang kehilangan motosikal.

Memang sedih sangat-sangat kisah brader ni Description: 😭. Namanya Muadz, dia OKU dan moto yang dia pakai untuk cari makan sebagai rider Lalamove hilang kena curi semalam. Berat sungguh ujiannya.

Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam Description: 🤣sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Nothing to lose. Kami jumpa terus kat kedai moto dekat rumahnya.

Sampai kat kedai moto, Muadz menceritakan kisah hidupnya. Tahun lepas dia kena accident, kaki kanannya kini bengkok teruk dan dia terpaksa bergerak dengan tongkat. Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM1300 sebulan.

Hutang kat rumah pula semakin bertambah. Bil api tertunggak hampir RM1000, bulan ini TNB kata nak potong bekalan.

Yuran bulanan tadika PASTI anak berumur 6 tahun pun RM1000 tak bayar sejak Mei tahun ini. Pihak PASTI dah hantar surat amaran bahawa anak akan ditahan dari segala aktiviti sekolah dan tak layak terima sijil berhenti Description: 😡. Dia kata dia stress hari-hari pikiaq pasal hutang macam-macam bil. Tiba-tiba semalam motonya hilang dicuri orang. Jem terus tak tau nak buat apa.

Saya bagitau dia, hidup ini jangan putus harapan. Setiap ujian ada hikmahnya.

Hari ini Muadz akan dapat sebiji moto baru. Ini bukan mimpi, ini bukan scam. Kita dah takdir untuk berjumpa. Ada kawan FB tag saya kat posting Muadz. Sebagai seorang ayah saya faham hati Muadz yang berusaha sungguh-sungguh demi menjaga anak-anak. Saya benar-benar merasa kesedihan hati seorang ayah yang hilang upaya mencari nafkah untuk keluarganya. Dia sampai tak makan pun akan pastikan anak-anak dapat makan.

Moto EX5 usang lebih 10 tahun hilang, kini kita ganti balik dan upgrade kepada Honda Wave 125i. Geran letak nama Muadz terus.

Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga moto ini baik-baik.

Bil-bil api tertunggak RM1000 saya juga settlekan. kalau tidak dalam bulan ini elektrik akan dipotongDescription: 😭Description: 😭

Rakan saya Saudari Nurul Izzah Anwar call saya kata nak sumbang RM1000 untuk langsai hutang yuran tadika PASTI anak Muadz. Description: ❤️

Muadz, ada hikmah di sebalik ujian. Tuhan gantikan yang lama dengan yang baru dan yang lebih baik. Kita sama-sama terus berusaha. Description: 🤲🏼

Kalau ada kawan-kawan yang nak beri sedikit sumbangan untuk bantu Muadz buat operation kaki, boleh salurkan ke akaun dia terus:

Hong Leong Bank : mohamad muadz bin jaafar

27850149176