Akhirnya ada suara gagah berani di kalangan orang muda PH yang
lantang menolak kerjasama dengan parti pengkhianat (baca di https://bit.ly/3cWhwEL).
Nurul Izzah jelas menyebut tiada kerjasama dengan PN mahupun GTA
dan ianya telahpun muktamad. Kita tidak mahu dipatuk ular kedua kali.
Namun aku sedikit kecewa kerana Izzah masih lagi membuka ruang
untuk khemah besar walaupun ia bergantung kepada persepsi dari penyokong.
Apa pun, bagi aku ini pun sudah dikira memadai. Kenyataan begini
sudah cukup buat Mahiaddin dan Mahathir menelan air liur payau. Guane boh?