TAZKIRAH BAB CIUM TANGAN

 


Menurut Sheikh Ramadan al Buti, tiada masalah untuk mencium tangan orang yang kita muliakan ketika bersalam.

Apa yang dibimbangkan ialah ada masalah besar dan bahaya menanti orang yang dimuliakan (dicium tangan).

Jika seseorang itu sudah terbiasa orang mencium tangannya atau dimuliakan dengan apa cara sekalipun, syaitan akan membisik kepadanya “lihat, kamu orang hebat, semua orang memandang tinggi kepadamu”. Lalu syaitan pun berjaya menghancurkannya.

Asatizah yang terbiasa orang mencium tangannya, kelak akan tertanam dalam dirinya bahawa semua orang yang bersalam dengannya mesti mencium tangannya. Kerana ia sudah menjadi kebiasaan.

Lalu bila ada orang yang tidak mencium tangannya ketika bersalam dikhuatiri akan menimbulkan rasa marah atau kurang senang di dalam dirinya. Terlintas di hatinya “orang lain semua cium tangan aku, kenapa dia ni tak cium.” Inilah contoh bagaimana syaitan sudah berjaya memusnahkannya.

Sheikh al Buti menegaskan bahawa beliau adalah insan yang lemah, oleh sebab itu beliau tidak suka orang mencium tangannya ketika bersalam. Rahimahullah.

Oleh: MutarjimClips

#mutarjimclips