CERITA ORANG MASUK PENJARA.



SHAMSUDIN NAWAWI

CERITA ORANG MASUK PENJARA.

Orang masuk penjara ada stages dia.

Kawan saya Phang Ah Hee (dec'd) yang saya ada cerita dulu, apabila dia masuk penjara, dia mengalami 3 peringkat (stages).

Stage 1 : Stage badan jadi kurus.

Risau, tak ada selera makan, tak boleh telan makanan penjara, bertukar suasana, tak boleh tidur dan itu menyebabkan badannya susut, mata cengkong dan penampilan tidak terurus. Maklumlah routine harian sudah berubah. Kalau di luar boleh lah tengok cermin puas2, kalau janggut mula tumbuh terus boleh bercukur. Kalau bulu hidung panjang boleh gunting. Kalau biasa lepas office boleh singgah massage mandi wap dulu sebelum balik rumah, sekarang sudah tak boleh. Dulu kawan2 akan ajak pergi Happy Hours dulu, sekarang dah tak boleh. Teringat anak bini di rumah. Teringat juga bini ni ingat tak nak tutup pintu rumah bila malam. Pintu belakang rumah itu bini dah kunci ke belum. Anak2 ok ke tak. Nak tidur siapa yang

peluk

cium say goodnight sweep dream sleep tight. Pendeknya macam2 lah berlegar2 dalam kepala.

Stage 2. : Badan naik sikit

Bila dah dapat sesuaikan diri, dah boleh terima dan telan makanan penjara, badan jadi naik semula. Sudah mula terima janggut dan jambang dan perasan pulak nampak macho konon. Sudah boleh senyum jumpa inmates lain masa makan dan time ambik fresh air. Dah tak kisah pandangan dan jelingan inmates lain. Maklum lah dulu dia DPP tentulah ramai inmates yang dia dakwa dan masukkan ke penjara. Tak kurang juga inmates yang masa dia jadi lawyer kalah kes masuk penjara juga. Tapi bila dah senasib itu, ada yang jadi kawan pulak.

Stage 3. Tak lama lagi nak keluar.

Bila dah dekat nak keluar penjara, mula lah risau rungsing semula. Bila keluar nanti macam mana? Bini ada ke lagi. Anak2 kenal tak ke dia? Takut anak2 kena ejek di sekolah dan jadi marah pada dia. Sampai kereta roadtax dah mati pun jadi bahan risau. Habis segala benda yang remeh pun dia risau. Badan jadi kurus semula. Mata cengkong semula sebab tidur tak cukup. Asyik menung sahaja.

Itu cerita 1st timer.

Kalau yang seasoned keluar masuk penjara, cerita dia lain pulak. Bila dia masuk lagi, dia tak risau langsung. Warden pun kenal dia. Penghuni lama pun sambut dia.

Yang ini kita cerita lain lah....

Memang lah, Starbuck apa ke bendanya mana ada dalam penjara. Kena tahan lah ketagih itu dulu. Itu belum kira ketagih rokok, cigar Cohiba lagi.

Sabar lah....penjara belum neraka lagi