1. Ramai minta saya ulas, peluang DSNR dapat pengampunan
Di-Raja. Sebelum PRU15.
2. Kena tahu, itu semua kuasa YDPA. Baginda boleh putuskan jua.
Tapi perlu juga terima nasihat daripada Lembaga Pengampunan. Yang ada Peguam
Negara (AG) dan berapa orang lain dalamnya.
3. Kalau kawan2 atau sedara mara tanya, tuan puan jawab, semua
ni termaktub dalam Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan. Baru la ada style
sikit cerita bab undang2. Kira bukanlah level cytro jembalang
4. Jadi tuan puan sendiri mahu faham la, kenapa UMNO desak sgt
PM tukar AG, nakkan AG mereka sendiri. Sebab AG lah yang nasihatkan Agong
mengenai pengampunan, omputih cakap “pardon” atau “clemency”.
5. Ingat dulu bagaimana masa zaman 1MDB meletup, PM6 terus tukar
AG. Dari Gani Patail ke Apandi Ali? Apandi Ali ni Ahli UMNO Kelantan sejak
1982. Pernah jadi Naib Ketua Pemuda Bahagian Pengkalan Chepa. Memang sah2 lah
orang depa.
6. Naik je dia sebagai AG, disucikan cepat2 PM6. Katanya tiada
bukti duit datang daripada duit pencen KWAP. Semua nya derma dari Raja Arab.
Alih2 baru2 ni terkantoi jua. Dalam saman fitnah dia sendiri, Mahkamah tak
percaya. Soalan basic siapa Raja Arab tu pun dia lupa, ater macam mana?
7. Dia kalah saman fitnah dia terhadap LKS. Siap kawan tu dapat
RM80k lagi, dia kena bayar. Sebabnya senang, Mahkamah kata alasan Derma Raja
Arab tu langsung tak kredibel. Jadi, betul la apa LKS cakap.
https://www.bharian.com.my/.../mohamed-apandi-gagal-saman...
8. Makanya kita tengokkanlah, bila AG lantikan UMNO buat kerja.
Senang2 disucikan segala. Bayangkan kalau AG yang sama duduk dalam Lembaga
Pengampunan. Apa jenis nasihat yang dia akan bagi pada YDPA kemudian?
9. Saya bukan apa. Pengampunan Di-Raja ni jangan buat main2 nak
mintak. Banyak implikasinya:
(I) kes DSNR ada 4 lagi menanti untuk bicara dan jatuh hukum.
Kalau diberi pengampunan sekarang, apa jadi pula pada kes2 seterusnya. Takkan
setiap kali nak kena ampun jua?
(II) kena ingat juga, kes 1MDB sedang berjalan. Tu ada dakwaan
masuk dalam akaun peribadi DSNR sampai RM2.6B!!! Ada juga wang yang disita di
luar negara. Yang Amerika dan Abu Dhabi nak pulangkan balik pada kita. Kalau
kita ampunkan dia, macam mana la negara luar tengok kita? Baiklah tak payah
pulangkan duit negara. Kenapa nak pulang, sedangkan pesalah dibebaskan pula?!
(III) Banyak dah pemimpin sebelum ini kena penjara dan
diampunkan. Tapi takde la lepas seminggu, mereka terus demand.
- DS Anwar Ibrahim, hukuman penjara 5 tahun, lepas nak dekat 4
tahun baru dapat pengampunan.
- DS Harun Idris, hukuman penjara 8 tahun, diampunkan lepas 4
tahun.
- DS Mokhtar Hashim, hukuman gantung sampai mati kerana membunuh
seteru politik, diberi pengampunan kepada penjara seumur hidup selepas beberapa
kali merayu kepada YDPA.
10. Al-kisahnya sekarang, tak sampai seminggu pun bekas Presiden
UMNO masuk penjara, ahli UMNO dah demand pengampunan DiRaja. Siap nak tukar AG
dan Ketua Hakim Negara. Lagi teruk nak PRU segera. Kalau tak dapat, PM UMNO pun
mereka nak pecat jua.
11. Yang pastinya, negara ini bukan mereka yang punya. Suka suki
nak demand apa saja demi tekak mereka. Kita yang rakyat biasa kena bersuara.
Kalau perangai macam ni, orang Sabah cakap, Ya Ampun! Jangan lah diberi muka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki.