MEMBANTU PAK LONG MENDAPATKAN RUMAH

 STEVEN SIM









Team saya dapat info Pak Long, seorang warga mas berumur 63 tahun terpaksa berteduh di siang hari, tidur di malam harinya kat sebuah pejabat surau dewan komuniti sebab dia tak mampu nak sewa rumah. Description: 😔

Ketika saya sampai di situ, Pak Long sedang tengok skrin komputer usangnya. Dia terkejut lalu bangun tak menyangka kehadiran "pengunjung bergelar YB" katanya.

Asalnya Pak Long orang Selangor, dan berhijrah ke Penang. Sebelum ini Pak Long ambil upah kerja gerai roti canai, sehari dapatlah 25 ringgit. Tapi sebab dia sakit masuk hospital jalani pembedahan, maka terpaksa berhenti sementara.

Dulu dia sewa rumah dengan sikit duit kwsp yang ada, tapi la ni semua duitnya dah habis. Atas ehsan pengurusan dewan komuniti, maka dia diberi kebenaran tinggal di pejabat itu. Description: ❤️

Sayu hati saya dengar Pak Long cakap pasal kisah hidupnya. Dia kata dulu dia buat silap yang amat besar. Dia sakitkan hati ramai orang termasuk keluarga sendiri. Tapi kini dia betul-betul nak bertobat.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tidak ada gelora. Kita semua insan yang lemah dan memerlukan kekuatan Tuhan.

Takpa Pak Long, saya akan bantu Pak Long bangkit semula. Usia tak menjadi penghalang kalau kita ada niat yang suci. Kita jalani kehidupan yang baru mulai saat ini. Description: 💪🏽

Saya bagitau Pak Long saya akan berusaha dapatkan rumah baru untuk dia. Malam ini juga kita pindah keluar dari dewan pejabat itu. Tak usah toleh ke belakang lagi. Tekadkan niat untuk jalani kehidupan baru. Rumah belum ada kita pi tinggal di hotel berdekatan dulu.

Malam ini, Pak Long pikiaq pasal rancangan ke hadapan dan tidurlah dengan selesa. Yang selebihnya saya akan usahakan.

(Ketika nak pindah tadi, komputer usang Pak Long tak bimbang, saya kata kita amik besok, kita kunci pintu pejabat. Tapi Pak Long bertegas nak amik kopiahnya. Duk cari merata, rupa-rupanya tertinggal kat basikal yang parking tepi pejabat)

Doakan segalanya dipermudahkan. Description: 🤲🏼