Siapa Tuntut Jawatan TPM, Tambah Menteri? Asyraf Bidas Wan Fayhsal #MGFlash
Siapa yang menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mahu menambah jawatan Menteri walaupun Kabinet sudah melebihi 70 orang?
Itu soalan yang dilontarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bagi membidas kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menuduh pemimpin UMNO rakus kuasa.