KAH.KAH..KAH...SUDAH SUDAH LA ATOK-MASA BAGI JADI PM DULU, KHIANAT DEMI ANWAR...NAK HAPUS JURANG KEMISKINAN MACAMANA..???AGENDA PERIBADI LEBIH BESAR DARI AGENDA UNTUK RAKAYT...BEREHAT LAH...

 


Dr M kecewa tiada kuasa untuk melawan jurang kekayaan






Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam temubual di televisyen sempena genap usianya 97 tahun hari ini.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan berhubung ketiadaan kuasa untuk beliau menangani masalah sosial seperti jurang kekayaan antara penduduk di kampung dan bandar.

Mahathir, yang genap usia 97 tahun hari ini, dalam satu temu bual oleh media berkata, beliau mempunyai banyak idea bagaimana untuk menambah baik negara, tetapi melahirkan kekecewaan kerana beliau tidak lagi berkuasa untuk melaksanakan idea tersebut.

“Masih banyak perkara yang saya mahu lakukan dan saya sangat prihatin dengan masalah sosial. Orang yang tinggal di kampung miskin tetapi yang di bandar agak kaya.

“Saya rasa boleh mencari jalan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kampung tetapi untuk itu, saya perlu ada kuasa, jika tidak, saya kecewa,” katanya kepada Astro Awani.

Ditanya mengenai keazamannya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang selepas menyatakan hasrat untuk berundur, Mahathir menjelaskan bahawa, keputusannya dibuat kerana ramai orang tidak tahu mengurus negara.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi dan sumber yang banyak tetapi semua itu tidak penting jika pemimpin tidak tahu cara menggunakannya.

“Saya melihat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk negara ini. Bagaimanapun, ramai orang nampaknya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Mahathir, yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu 24 tahun berkuasa, dalam dua tempoh dari 1980-an dan pada 2018-20.

Bulan lalu, Mahathir berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk mempertahankan kerusi parlimen Langkawinya.

Beliau berkata, Pejuang sedang mengintai beberapa calon untuk bertanding di kerusi itu, tetapi beliau akan terbuka untuk bertanding sekiranya tiada calon yang sesuai.

Dalam temu bual Astro Awani, Mahathir berkata, ahli politik mesti bersedia untuk menghadapi kritikan.

“Jika anda mempunyai hati selembut tisu, mungkin anda perlu lupakan hasrat untuk berpolitik. Seorang ahli politik perlu sentiasa bersedia menjadi mangsa kritikan dan cacian, malah dibenci rakyat,” katanya.

No comments: