ALAMAK PAS
Ada member2 di sini forward, satu artikel dalam Harakah Daily,
yang menjawab posting saya mengenai “Kerajaan Melayu Islam”.
Katanya PAS tidak bersalah dalam ini gambar, kerana PAS parti
yang paling “BERINTEGRITI” dalam Malaysia. Tersedak saya dibuatnya.
Berintegriti ke PAS bilamana:
1. Skandal RM90 juta
- Menerima wang RM90juta daripada penyamun negara yang terbukti
bersalah di mahkamah. Bukan oleh seorang hakim, sampai 4 orang.
- Mereka juga menuduh Sarawak Report menfitnah mengenainya,
tetapi dalam diam buat penyelesaian luar mahkamah pulak.
- Sampai sekarang, berdolak dalih dengan kita, kalau betul di
pihak yang benar, kenapa tak teruskan kes sahaja? Kenapa dihentikan? Katanya
berani kerana benar. Ini jelas nampak ketakutan.
- Makanya, adakah ini menepati sifat “SIDDIQ” yang dituntut
Rasulullah?
2. Mercedes Gate
- Zaman BN terima RM90juta. Zaman PH dapat lagi RM400 juta. Tapi
apa yang pemimpin PAS buat dengannya? Antara benda pertama, beli Mercedes
berjuta, bukan untuk Menteri Besar sahaja, untuk seluruh ahli EXCO-nya.
- Bukan itu saja, dapat naik gaji dan bayaran sedepuk RM50 ribu
pula.
- Di kala negeri dalam keadaan defisit, banyak berhutang lagi,
negeri paling miskin di Malaya, mereka tergamak berbelanja mewah?
- Adakah ini sifat AMANAH yang dituntut Rasulullah?
3. Menteri Cap Ayam
- Kita cringe setiap kali Menteri PAS bersuara. Masa banjir
disalahkan cuaca. Masa rakyat terkandas, disalahkan rakyat lambat berpindah.
Buat kita berang jua.
- Ada satu lagi Menteri, pergi ke persidangan antarabangsa macam
kena paksa. Nak berucap dalam omputih atau Arab, khabarnya Menteri PAS ni tak
reti. Makanya cakap jelah Melayu. Memandangkan tiada terjemahan secara langsung
masa itu, dah ucapan tu tak bermakna.
- Yang kita banyak dengar pasal mereka, gossip2 dengan retis,
cerita tambah bini dan tayang Alphard merata. Ini sahajakah level intektualiti
yang ada?
- Makanya, adakah ini sifat FATHONAH yang dituntut Rasulullah?
4. Buat kerja kah?
- Tak payah nak ulas lanjut prestasi PAS memerintah. Serambi
Mekah sekarang direkodkan punya kes dadah dan jenayah seksual tertinggi dalam
Malaysia. Bila terpampang di dada akhbar, mereka sekadar salahkan bawang
rangers. In-denial tak sudah.
- Bila memerintah di Putrajaya, apa yang mereka dah capai?
Cabutan judi naik dari 8 kali ke 22 kali setahun. Arak masih bersepah, October
Fest masih lagu tu.
- Laungan hudud dan RUU355 dah sunyi sepi, lautan ungu di Padang
Merbuk pun dah jadi memori. Susah nak bangkit kembali.
- Makanya, adakah ini sifat TABLIGH yang dituntut Rasulullah?
Takkanlah Harakah Daily tak tahu, figura paling berpengaruh
sepanjang zaman adalah Rasullullah. Bukan saja diiktiraf oleh orang Muslim
tetapi juga orang Barat. Kenapa agaknya? Kerana Baginda memenuhi sifat
integriti itu: Siddiq, Amanah, Fathonah dan Tabligh (SAFT).
La ni ada pulak ilmuwan PAS cakap, dia rela bersekongkol dengan pemimpin
tidak berintegriti asalkan mereka beriman. Dia nak backhand DAP rasanya.
Masalahnya masa mereka geng dengan DAP masa PRU12 adakah DAP beriman masa tu?
Adakah sekarang geng mereka, MCA itu beriman juga?
Yang paling kita tak boleh lupa, bagaimana satu ketika ketika
Malaysia diboikot oleh India kerana kenyataan PM7 yang menentang penindasan
orang Islam di Kashmir. Apa yang PAS buat? Mereka menyokong MCA pula.
Memenangkan Kerajaan India. Mana PAS ketika umat Islam India memerlukan
pembelaan?
Saya banyak nak tulis sebab banyak sangat bola tanggung diberi.
Tapi cukup lah itu untuk kita pikir2kan. PAS yang dulu bukan PAS yang sekarang.
Kalau dulu PAS di bawah TG Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Nor, kita
semua boleh angkat songkok/ kopiah/ topi. Punya bangga dapat level Ulamak
sebegini. Sampai orang bukan Melayu pun sanjungi.
Tapi la ni, bila terbaca kenyataan orang PAS dan antik mereka
mengenai politik, kita dah seram nak ngaku ulamak.
Yang mampu keluar dari mulut kita hanyalah…. “Alamak…”
Walllahu a’alam.
Salam hormat,