Mohd Amar Akan
Jelaskan Tentang Balak Akademi Yakin Malam Ini?
1. Pas Pengkalan
Chepa dijadualkan menganjurkan program Ceramah Perdana Pasca Sidang Dun dan
Jubli Emas Pas kawasan itu pada malam ini.
Tentulah tokoh utama
untuk memberikan ucapan tak lain dari Ketua Pas Pengkalan Chepa - Dato Mohd
Amar sendiri.
Beliau juga adalah
Timbalan Menteri Besar dan Pengerusi Akademi Yakin Sdn Bhd atau AYSB.
AYSB adalah tajuk
tengah viral dengan foto-foto lawatan TMB itu di luar negara, khususnya ke
Moscow. Ekoran pendedahan menerusi dokumen rasmi Laporan Odit yg dibentangkan
di Sidang DUN Kelantan yg baru berakhir.
Sesuai benar atas
kapasiti jawatan dan kaitan dengan Sidang Dun yg menjadi maudhuk ceramah malam
ini untuk perkara ini disentuh oleh beliau nanti.
2. Selain isu lawatan
yg membazir, boros dan setengahnya dibuat tanpa prosedur yg betul, isu-isu
berikut turut didedahkan oleh Laporan Odit itu ialah BAYARAN KAWASAN BALAK
DIKURANGKAN DARI HARGA ASAL.
3. Seperti kebanyakan
agensi Kerajaan Kelantan yg lain, pembalakan dan perlombongan adalah jalan
mudah untuk menjadi urusniaga mereka.
AYSB telah mendapat
10,000 ekar kawasan pembalakan. Selain 10,000 ekar kawasan berhutan balak untuk
melombong.
Harga asal yg
ditetapkan untuk syarikat terpilih (apa kriteria syarikat berkenaan dipilih
tentulah satu misteri bagi Rakyat Kelantan kerana tidak pernah ada penjelasan
tentang perkara sebegini bagi kesemua agensi) adalah sebanyak RM 3,500 se ekar.
Tentulah jumlah
pendapatan yg patut diperolehi oleh AYSB adalah sebanyak RM 35 juta.
Perjanjian ditanda
tangani dengan harga itu.
Sampai separuh jalan,
syarikat memohon untuk mengurangkan harga bayaran dari RM 3,500 se ekar kepada
hanya RM 1,600 se ekar. Pengurangan sebanyak RM 1,900 se ekar!
Banyak tu! Lebih
separuh diskaun.
Lembaga AYSB pada
mesyuarat Bil 1/2019 pada 18 Januari 2019 telah bersetuju dengan permohonan
syarikat.
Sebegitu mudah?
4. AYSB
dipengerusikan sendiri oleh YB Mohd Amar. Beliau juga adalah Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Pelaburan AYSB sejak 2014 atau lapan tahun silam.
Hal ini ditegur oleh
Jabatan Odit kerana memungkin pertindihan kepentingan dan tidak wujud
pengasingan kuasa (muka surat 23 - buku Laporan Odit)
Lebih kurang
kedudukan DS Najib dalam kes 1MDB.
Teguran itu tidak
dihiraukan. Bah kan se akan dilanggari dengan agak sombong.
'Mesyuarat Khas
Lembaga Pengarah AYSB Bil. 1 Tahun 2021 pada 30 Mei 2021 telah membuat
keputusan untuk mengekalkan Pengerusi Lembaga AYSB sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Pelaburan AYSB' - petikan dari buku Laporan Odit, muka
surat 24.
Amboi!
Apa nak peduli
teguran Jabatan Odit.
Hebat
kan?
5. Ahli Lembaga AYSB
antara lain terdiri dari Dato Takiyudin Hasan dan Exco Kerajaan Kelantan YB
Azami Mohd Nor.
Orang-orang
hebat
belaka.
Tiga lagi anggota
Lembaga AYSB termasuk Pengarah PTG dan pegawai-pegawai.
Kesemua enam anggota
saja. Tapi bab faedah kewangan, jumlah yang mereka dapat bagi tahun 2019 dan
2020 mengalahkan jumlah perbelanjaan gaji dan elaun pegawai dan kakitangan
AYSB!
Belanja Ahli Lembaga
bagi tahun 2019 ialah RM 654,362 berbanding belanja kakitangan RM 462,872.
Bagi tahun 2020, belanja
Ahli Lembaga ialah RM 429,500 berbanding belanja kakitangan RM 354,541.
Hebat
kan?
6. Berbalik kepada
pengurangan harga bayaran balak tadi.
Sudah tentu ia
menyebabkan kerugian hasil AYSB.
Harga sebelum
pengurangan hanya terpakai kepada tiga kompartmen saja iaitu kompartmen 23, 28
dan 44.
11 kompartmen lagi
akan memakai harga baru yang berkurangan sebanyak RM 1,900 se ekar itu.
7. Apa asas
pengurangan harga balak itu?
Kenapa tidak gunakan
harga mengikut tan pengeluaran balak?
Apa kata jika
sebenarnya pengeluaran balak itu banyak sedangkan harga telah dikurangkan?
Siapa nak tahu?
Kecuali Dato Mohd
Amar sanggup menggunakan kuasanya untuk dedahkan rekod pengeluaran balak (yang
tidak diselewengkan) kepada umum.
Sanggup ke beliau?
Walau pun kita tahu Dato Mohd Amar se orang pemberani, tapi bab ketelusan info
balak, lombong dan setara dengannya, beliau sama dengan pemimpin lain Kerajaan
Kelantan. Menikus.
Tiada ketelusan.
8. Jadi, panjang lah
lagi masa di mana kuasa boleh diguna ikut suka hati nak kurang dan bagi diskaun
balak luas-luas ini.
Ia tetap akan jadi
milik istimewa tak sampai 10 orang manusia di Bumi Kelantan.
9. Selain pengurangan
harga balak, syarikat rakan niaga AYSB itu juga diberikan pengurangan kadar
sewaan tanah dari sebanyak RM 150 se ekar untuk seluas 10,000 ekar itu kepada
mengenakan sewa kepada kawasan yang sudah dikerjakan balak.
Turut dikurangkan
ialah jumlah bayaran denda lewat bagi bayaran tahun pertama hingga kelima
sewaan tanah daripada RM 720,000 kepada
RM 358,000.
Separuh diskaun.
Murah hati kan?
Dengan itu,
pendapatan yang diperoleh oleh AYSB bagi tempoh 2017 hingga 2020 telah
berkurangan sejumlah RM 5.73 juta (41.5%) berbanding dengan pendapatan mengikut
terma yang ditetapkan dalam perjanjian berjumlah RM 13.81 juta akibat
pengurangan-pengurangan diberikan.
Kurang sebanyak RM 8
juta!
Banyak tu.
Seronok jadi syarikat
berusaha sama dengan AYSB yang diterajui TIGA PEMIMPIN
HEBAT
PAS KELANTAN.
10. Banyak lagi yg
disebutkan dalam Laporan Odit itu tentang AYSB.
Malam ini semua ini
pasti akan dijelaskan oleh YB Mohd Amar.
Husam Musa
23 Dzulhijjah 1443H
23 Julai 2022