Kisah sebenar Mat Kilau menunjukkan watak pengkhianat ni dah lama wujud.
Pemakan dedak dan pengampu pun telah wujud lama. Yang bertanjak tak
semestinya pejuang.
W.FAUDZIN
GAMBAR CONTOH SEKADAR HIASAN SEMATA MATA
TAHUKAH ANDA | Operasi Memburu Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok
Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896.
Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh
Clifford ditugaskan untuk memburu mereka.
Misi bermula dari Pahang merentasi Terengganu, Kelantan hingga
ke sempadan Patani.
Berdasarkan catatan penjajah dan Hugh Clifford sendiri, operasi
dibantu oleh
1. Dua pegawai Melayu iaitu
- Syed Husin
- Syed Seman
2. R.W.Duff – Superintendent Polis Pahang
- 40 Anggota Dayak dan lapan Anggota Sikh
- Pasukan Bantuan 250 orang Melayu Pahang
3. Dr. A. B. Jesser Coope iaitu Residency Surgeon Pahang
bertindak selaku Pegawai Perubatan dalam misi tersebut
4. Dua orang wakil Kerajaan Siam
- Luang Visudh Parihar (Luang Swat)
- Luang Sevasti Borirom
Ekspedisi bermula dari Kuala Tembeling hingga ke Pasir Rawa.di
Tanah Merah, Kelantan.
Ia mengambil masa selama 3 bulan dengan belanja sekitar 5,000
ringgit.
Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berundur bukanlah
kerana takutkan British.
Sebaliknya mereka memilih hidup di tempat baharu dengan nama
baharu kerana sedar wujudnya ramai pengkhianat bangsa Melayu yang gemar makan
dedak pada masa itu.
Bukan sahaja British yang memburu mereka malah pihak istana
turut menghantar orangnya juga.
Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh pihak Istana,
British dan kuncu-kuncunya.
Beliau terpaksa mengasingkan dirinya sebelum menetap di Batu 5,
Jalan Kuantan-Gambang.
Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan
akhirnya memakai nama Mat Siam.
Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau untuk
menzahirkan dirinya yang sebenar.
Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri K/P 2044778
dengan nama Mohamad Bin Ibrahim.
Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan
di kampung kelahirannya iaitu di Kampung Masjid, Pulau Tawar.
Pahlawan Melayu ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut
untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969.
Usai solat, beliau membaca al Quran dan mengisytiharkan dirinya
sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini menggemparkan orang ramai sehinggalah
kerajaan Pahang terpaksa menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk
menyiasat.kesahihannya.
Jawatan kuasa ini dibentuk pada 8 Januari 1970 dan pelbagai
mekanisma telah dilakukan termasuklah temuramah dengan beberapa individu yang
berkaitan.
Pada 6 Ogos 1970, jam 10.30 pagi, Mat Siam diisahkan sebagai Mat
Kilau oleh kerajaan negeri.
Mat Kilai meninggal dunia empat hari kemudian pada usia 122
tahun kerana uzur.
Hakikatnya, keturunan tali barut dalam kalangan orang Melayu
wujud sampai hari ini.
Mereka bijak bermuka-muka termasuk berkeris dan bertanjak dengan
menunggang agama dan bangsa.
Jadi berwaspadalah wahai Melayu.
( Kredit kpd Sdr Razak BO grup dimana posting beliau di
ulangsiar)