#AyuhMalaysia
di Pulau Pinang malam ini.
Dalam masa kurang sebulan, saya Nurul Izzah Anwar
Nik Nazmi Chang Lih Kang
Manivanan Gowin
Lee Chean Chung
Akmal Nasir
dan sukarelawan lain yang menggerakkan Ayuh Malaysia
berjumpa sahabat-sahabat di Kuala Lumpur, Johor Baharu dan (malam ini) Pulau
Pinang.
Kesemua meja dijual dalam tempoh dua minggu jualan tiket dibuka.
Malam ini, lebih 100+ meja dijual.
Mereka yang menyumbang dan hadir terdiri dari pendukung
KEADILAN/PH, aktivis, golongan professional, anak muda - maknanya rakyat biasa.
Gerakan seperti ini menyatukan rakyat yang cintakan persaudaraan
berasaskan keadilan dari pelbagai kaum.
Ini adalah acara membina keupayaan kewangan bersiri yang paling
besar dan konsisten dianjurkan oleh KEADILAN/PH sejak pengkhianatan Februari
2020.
Semasa saya memberi arahan untuk menjayakan acara ini secara
bersiri di tiga bandar besar dalam masa sebulan, kumpulan sukarelawan yang
menggerakkan #AyuhMalaysia
nyaris jatuh kerusi. Saya nampak riak wajah mereka yang merasakan ia satu
perkara mustahil. KEADILAN/PH telah berdepan dengan kelesuan politik selama dua
tahun dan penyokong tegar pun selalu mengkritik (apatah lagi menyumbang
kewangan!).
Lagi pun, kumpulan anak muda yang menjayakan keseluruhan siri
kutipan dana ini (dari promosi, penganjuran, logistik, media digital, jualan
dan lain-lain) hanyalah lima orang
Kini, selepas hampir sebulan, kita boleh rasa momentum yang
meningkat sedikit demi sedikit.
Kita akan ambil masa untuk mendapatkan kembali kekuatan sebelum
ini. KIta perlu berusaha lebih keras untuk memenangi hati rakyat.
Tetapi percayalah kita sekarang sudah berdiri. Selepas ini kita
berlari anak untuk memanaskan badan. Selepas itu kita pecut.
Lawan politik kami lupa bahawa kami dilahirkan sebagai aktivis
di jalan raya yang biasa dikejar, dipukul dan dihumban ke lokap sejak kami awal
20an.
Setiap kali kami jatuh, kami tidak pernah gagal untuk bangun.
Jumpa kami di Pulau Pinang malam ini dan jangan lupa tonton di
media sosial.