HUSAM MUSA
AKSB Dapat Pahala Korban Sekalipun Masalah Air Tak Selesai?
Lembaga
Akademi Yakin Enjoy Pusing Dunia
1. Jangan
marah. Tanya saja. Kalau betul kata betul. Kalau tak betul, pun bagi tahu tak
betul.
Raya
Korban baru lalu Ahli Lembaga Air Kelantan (AKSB) dapat peruntukan lembu korban
RM 13,000 se orang?
2. Korban
binatang ternakan sangat dituntut. Syarat, wang sendiri.
Kalau
betul Aksb lulus RM 13,000 se orang untuk ahli lembaga sembelih korban, tak
tahu lah dapat pahala atau apa hukumnya.
Aksb
syarikat milik keseluruhan Rakyat Negeri Kelantan. Tugas penubuhannya ialah
bekalkan air bersih secukupnya pada Rakyat.
Ada
tempat sangat perlukan bekalan air. Masalahnya cuma paip sambungan tak ada. Kos
pun hanya dalam puluhan ribu ringgit saja. Seperti penduduk Pulau Telok Renjuna
yang saya pernah tulis dulu. Mandi junub dah tujuh tahun guna air sungai atau
ke kampung seberang pakai perahu.
Mana
berpahala? Siap paip untuk Rakyat atau sembelih lembu korban Ahli Lembaga?
3. Happy
Go Lucky. Yang ni sah betul. Kerana ia dibentang sebagai Laporan Odit 2020 di
DUN Kelantan.
Sikap
happy go lucky pihak tertinggi kebanyakan agensi Kerajaan Kelantan terbukti
dengan paparan Laporan Odit Kerajaan Kelantan 2020 yg dibentangkan dalam Sidang
Dun Kelantan dua hari lalu.
Dulu kita
dapat khabar cakap-cakap saja. Sekarang tertulis dalam Laporan Odit.
4.
Laporan dimaksudkan antara lain Odit terhadap Akademi Yakin Sdn Bhd.
Syarikat
ditubuh cari duit untuk Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Wang
disumbang untuk Kias dalam tempoh EMPAT TAHUN - 2017, 2018, 2019 dan 2020 -
HANYA RM 4.37 juta.
Purata
hanya RM 1 juta setahun.
Secara
terperinci sumbangan ikut tahun ialah :
- 2017 -
RM 1 juta
- 2018 -
RM1.32 juta
- 2019 -
RM1.55 juta
- 2020 -
RM0.50 juta (Cukup ke nak belanja hanya setengah juta ringgit?)
Wang
belanja ke luar negara AYSB dalam tempoh sama pula adalah sebanyak RM
1,097,485! (Termasuk RM 172,593 hangus kerana tak jadi ke Uzbekistan disebabkan
Covid 19)
Satu
perempat dari wang disumbang untuk Kias!
Belanja
untuk Kias RM 4.3 juta. Belanja MAKAN ANGIN RM 1.097 juta.
Kan
lumayan?
Nasib
baik tak separuh.
5. Banyak
lagi kisah lawatan keluar negara tajaan Akademi Yakin Sdn Bhd.
Serta
kisah pelaburan dan harta milik AYSB.
AKSB
dulu-dulu pun kuat jalan makan angin juga. Info tentang perjalanan itu dah jadi
sebahagian dokumen Mahkamah dalam salah satu saman Aksb.
Ada masa
InsyaAllah kita revisit.
Sambung
semula. Panjang-panjang Rakyat biasa malas baca.
Husam
Musa
20
Dzulhijjah 1443H
20 Julai
2022