NAZARUDDIN
Rafizi Ramli berniaga baru berapa tahun tapi 'Turn Over'
syarikatnya dah berjuta-juta. Pencacai Najib sedang menyerang RR dengan laporan
kewangan syarikat beliau yang menunjukkan angka kerugian.
Setakat yang aku tahu, kerugian yang dicatatkan dalam perniagaan
pada tahun-tahun awal adalah sesuatu yang dijangka. Mencatatkan angka kerugian
dalam laporan kewangan tahunan bukan bermakna bangkrap.
Apatah lagi jika syarikat yang rugi itu bukanlah menggunakan
wang dan dana rakyat. Maka tanggungan untung rugi syarikat tidak memberikan
kesan ke atas penggunaan wang rakyat.