BAHASA INDONESIA LEBIH MAMPU

 Aku tak terkejut. Memang secara dasarnya Bahasa Indonesia 'lebih bersedia untuk menjadi bahasa kedua ASEAN. Bahasa Indonesia memang lebih meluas penggunaannya dan ada diajar di universiti luar negara.

Cuma aku kecewa PM bertindak tanpa ada kajian menyeluruh dan PR fakta lengkap. Hanya kerana dia tak mampu berbahasa Inggeris dengan baik, maka dia gunakan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai alasan.

Akhirnya memalukan diri sendiri. Pemimpin negara mesti lari dari perangai bidan terjun begini. Perkara sebegini bukan hal yang kecil. Bukan aku bangkang tapi aku tak suka usaha separuh masak sebegini. Guane boh?

Raja Gelap

.

May be an image of 1 person and text that says "BHONLINE Menteri Indonesia tolak bahasa Melayu jadi bahasa rasmi kedua ASEAN April JAKARTA: Menteri Pendidikan, Kebudayaan Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim, menolak cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu, sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN. Beliau mendakwa, bahasa Indonesia pilihan lebih baik untuk digunakan sebagai bahasa utama bagi ASEAN kerana ia paling banyak digunakan di Asia Tenggara, dengan penggunaannya tersebar di lebih 47 negara."