SERANG RAFIZI DENGAN IDEA LEMAH

 


NAZARUDDIN


Rafizi Ramli berniaga baru berapa tahun tapi 'Turn Over' syarikatnya dah berjuta-juta. Pencacai Najib sedang menyerang RR dengan laporan kewangan syarikat beliau yang menunjukkan angka kerugian.

Setakat yang aku tahu, kerugian yang dicatatkan dalam perniagaan pada tahun-tahun awal adalah sesuatu yang dijangka. Mencatatkan angka kerugian dalam laporan kewangan tahunan bukan bermakna bangkrap.

Apatah lagi jika syarikat yang rugi itu bukanlah menggunakan wang dan dana rakyat. Maka tanggungan untung rugi syarikat tidak memberikan kesan ke atas penggunaan wang rakyat.