BALANCING ACT
Satu perkara yang saya belajar dari pengalaman
lepas ialah supaya aturan hidup kita semuanya seimbang.
Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan jadual
baru. Sebelum ini, sepenuh masa saya hanyalah untuk isteri, anak dan keluarga;
kemudian untuk kakitangan saya di INVOKE yang
menjadi keluarga kedua saya.
Seminggu selepas kembali ke gelanggang politik,
tiba-tiba jadual dipenuhi dengan pertemuan, temuramah dengan media dan
lain-lain.
Jika saya tidak berhati-hati, jadual saya penuh
dengan soal politik dan orang yang kita kasihi akan terpinggir.
Catatan ini adalah satu ingatan kepada saya dan
semua di luar sana untuk mencari keseimbangan di antara tuntutan kerjaya, kasih
sayang kepada keluarga, kesihatan peribadi dan ikhtiar kepada pokok-pokok kita
(1) Pertemuan denga Menteri Kesihatan Singapura
Hon. Ong Ye Kun dan Sdri Nurul Izzah Anwar
(2) Terserempak dengan rakan media dari Awani,
Berita Harian dan Sinchew
(3) Sempat paksa diri untuk bakar lemak
(4) Usaha menyelamatkan pokok saya yang akarnya
telah rosak masih berterusan setiap hari