APA BODO RAKYAT PENANG. NEGERI MAJU PULUH TAHUN DARI NEGERI LAIN DI MALAYSIA. TAK KAN KENA MOHONG LAGI DENGAN DIA NIH...KAH..KAH...RAKYAT PENANG TAK BODO LA WEIIII...TU CAINGOK.

 


‘Bossku’ diberi sambutan hangat di P Pinang





Sekurang-kurangnya 300 orang hadir pada majlis makan tengah hari di Medan Selera Insadunia, di Bukit Mertajam, semalam. (Gambar Telegram Najib Razak)

GEORGE TOWN: Beberapa minggu selepas dirai seperti seorang selebriti pada kempen pilihan raya negeri Melaka dan Johor, bekas Perdana Menteri Najib Razak, menerima sambutan ‘meriah’ di Pulau Pinang, negeri di mana beliau pernah di’boo’, pada kempen pilihan raya umum 2013.

Najib memulakan ‘lawatan rasminya’ dengan melancarkan sidang kemuncak pelaburan pada Jumaat, dengan beramah mesra dengan pimpinan komuniti Cina, dan melakukan ‘walkabouts’ di ‘clan jetty’, destinasi medan selera popular dan pasar malam.

Beliau juga diberi sambutan karpet merah dan dikelilingi sejumlah besar hadirin dalam banyak acara dihadirinya. Bagaimanapun, di Bukit Mertajam, sekumpulan Pemuda DAP melakukan bantahan ringkas, yang akhirnya disuraikan polis.

Dalam ucaptama pada sidang kemuncak pelaburan, Najib berkata, komuniti Cina dahagakan perubahan selepas pengurusan lemah daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang berkuasa di negeri ini sejak 2008.

Najib Razak memberitahu hadirin kekagumannya di Bukit Mertajam selepas melihat “organic turnout’ rakyat untuk berjumpanya.

“Sekiranya rakyat Malaysia mengembalikan mandat besar kerajaan pelbagai kaum Barisan Nasional dengan majoriti kukuh, disusuli ‘track record’ yang terbukti, saya beri jaminan pasaran saham akan kembali melonjak sekali lagi, pelabur luar akan mengetuk pintu dan rasa baik akan kembali semula,” katanya.

Beliau kemudian mengadakan pertemuan dengan pimpinan Majlis Kaum Cina Pulau Pinang (PCCC), sebuah kumpulan Cina tempatan berpengaruh, selain dianggap sebagai penggerak sokongan politik komuniti itu di negeri ini.

Najib menerima sambutan karpet merah, dengan disertai majlis tarian singa sebagai tanda mengalu-alukan kedatangannya. Ketua Kaum Zhang, Chang Wei Lu, menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai paling akrab dengan komuniti Cina sejak merdeka.

Najib Razak menerima sambutan menggalakkan di Bukit Mertajam, disusuli persembahan tarian naga. (Gambar Telegram Najib Razak)

Ahli Parlimen Pekan iti kemudian berkunjung ke medan selera Insadunia, di Bukit Mertajam, destinasi makanan utama. Sebelum ketibaannya, sekumpulan Pemuda DAP mempamerkan sepanduk “Bossku Kemaluan Negara”. Mereka berkata, Ahli Parlimen tidak sepatutnya ponteng dan mendakwa kedatangan Najib tidak dialu-alukan susulan sabitan bersalah membabitkan tuduhan rasuah.

Seorang penganjur jamuan tengah hari untuk Najib menjerit kepada kumpulan itu untuk mereka beredar dan ada satu ketika berlaku tolakan terhadap seorang ahli DAP. Polis mengarahkan dua lelaki terbabit berhenti bertengkar dan mereka disuraikan tanpa insiden tidak diingini.

Walaubagaimanapun, bantahan itu tidak menjejaskan semangat bagi mereka yang menunggu Najib beberapa minit kemudian, diiringi 11 kenderaan, dengan ada yang mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu selepas hadir solat Jumaat.

“Ini adalah kumpulan organik yang kita ada di sini, bukan orang lain yang dibawa dari tempat lain,” katanya di hadapan 300 hadirin.

Beberapa peserta dalam majlis dihadiri Najib di ‘Chew Jetty’ di Weld Quay, sambil mengenakan baju kemeja T, “Bossku”.

Najib kemudian menuju ke Weld Quay, di George Town, untuk melawat ‘Chew Jetty’. Beliau menyatakan kekagumannya kepada hadirin yang hadir memandangkan hari berkenaan adalah hari bekerja.

Beliau antara lain menerima tepukan selepas mengatakan: “Saya menyeberang jambatan, tapi saya kena bayar tol,” sindiran kepada PH yang sebelum ini dikatakan berjanji akan menghapuskan tol jika berkuasa.

Pagi tadi, Najib sempat mengadakan pertemuan dengan pimpinan Umno Pulau Pinang. Beliau juga ada memberitahu kepada pemberita bahawa mood masyarakat Cina sudah berubah dan dilihat kembali menyokong BN.