Fahmi Zainol dan rakan rakan janji tingkatkan sokongan anak muda kepada KEADILAN

 

AMK SEHARUSNYA menjadi sekeras zaman Ezam Mohd Nor.Bukan sekdar lantang tetapi dapat menghidupkan suasana reformasi pada zaman awal. Keluar masuk penjara adalah hal biasa.Jika itu dapat dilakukan maka perjuangan AMK tidak dianggap lembik.




Menyedari pengundi muda sama ada Undi 18 atau Undi 21 berjumlah 5 juta orang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol dan rakan rakan mengemukakan tekad untuk menggembeleng lebih banyak sokongan anak muda Malaysia ke atas KEADILAN.

Hal itu diutarakan dalam sidang media Fahmi dalam memperincikan cabaran pasukannya bertanding jawatan pimpinan AMK Malaysia.

"Statistik menunjukkan sebanyak 5.8 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas bakal menjadi pemilih dalam PRU yang akan datang.

"Namun statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini terhadap peratusan anak muda turun

mengundi cukup rendah, hanya 173,177 pemilih daripada keseluruhan 706,082 oarang atau hanya 24% anak muda yang mengundi pada PRN Johor lepas

"Oleh itu, pendekatan yang perlu diambil oleh AMK dalam menghadapi PRU ke-15 juga perlu dipelbagaikan, termasuklah pendekatan yang lebih agresif tanpa meninggalkan pendekatan tradisional. Juga pendekatan politik yang lebih segar, berlandaskan idealisme dan politik yang mempunyai nilai tambah kepada masyarakat pada ketika ini," katanya dalam sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, tengah hari tadi.

Menurut Fahmi lagi, pasukan yang beliau pimpin terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mampu memimpin anggota AMK di seluruh Malaysia untuk menggarap sokongan setiap segmen anak muda di seluruh Malaysia

"Ahli Parlimen termuda di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pimpinan gerakan mahasiswa, golongan profesional termasuklah doktor dan peguam, aktivis politik, ahli perniagaan, mahasiswa, Ahli Majlis kerajaan tempatan dan ramai lagi.

"Saya yakin dengan kepelbagaian ini mampu memenangi hati akar umbi serta anak muda Malaysia yang terdiri daripada bermacam lapisan segmen dengan kerencaman yang pelbagai," katanya,

Mereka juga, kata Fahmi, akan berjuang untuk mengangkat lebih banyak anak muda sebagai calon dalam PRU ke 15 sesuai dengan pertambahan besar golongan muda yang layak mengundi.

"Situasi semasa memerlukan anak muda diketengahkan menjadi calon dalam PRU disebabkan penambahan pengundi anak muda.

"Selain meningkatkan jumlah calon anak muda, sudah sampai masanya anak muda perlu menerajui gerak kerja pilihan raya di setiap DUN dan Parlimen, bukan sekadar memacak bendera dan menyusun kerusi. Kita adalah pemula bagi peneraju dalam gerak kerja pilihan raya.