LAMA DAH BERLAKU

 



ANNUAR AHMAD

(1) Pernah anda dengar kakitangan kerajaan di mana-mana kementerian beli alatulis sendiri atau bawa kertas A4 sendiri ke pejabat untuk urusan rasmi mereka?

(2) Atau pegawai mana mana jabatan kerajaan gunakan duit sendiri untuk bantu orang ramai yang datang berurusan di kaunter? Atau beli komputer, printer dan katrij sendiri untuk urusan kerja rasmi? Atau guna line Internet sendiri untuk urusan kerja di pejabat?

Pernah dengar?

(3) Tapi mengapa guru-guru kena keluarkan duit sendiri untuk bantu murid-murid? Mengapa guru-guru kena keluar duit sendiri untuk beli kertas A4 dan alatulis atas urusan rasmi mereka? PdPR pun ramai guru terpaksa guna line Internet peribadi.

(4) Sejak dahulu saya menolak keras budaya 'menekan dan memanipulasi guru-guru dengan cara sebegini'. Bukan sebab kedekut atau berkira tetapi saya ingin membudayakan profesionalisme dalam perkhidmatan keguruan.

(5) PdP adalah tugasan rasmi guru. Menjadi tanggungjawab kementerian (JPN, PPD dan sekolah) untuk keluarkan peruntukan menyediakan kemudahan dan alat tulis atas urusan rasmi guru.

(6) Ada kesatuan guru yang sedar ketidakadilan ini sedang berlaku pada guru-guru tapi masih boleh 'berlembut' dan sekadar berkata, "kita kecewa, memang sejak dulu begini".

(7) Sepatutnya kesatuan bertegaslah untuk membela kebajikan guru-guru dan mulakan garis panduan, kempen kesedaran dan berdialog dengan KPM supaya tamatkan budaya yang tidak adil ini.

https://bit.ly/3tvolCF

 

No comments: