Senarai ini dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman dan beliau turut memaklumkan undian di dewan semalam adalah hari yang sangat bersejarah dalam sejarah Parlimen apabila usul yang dibawakan oleh Kerajaan telah berjaya ditolak.
“Belum pernah selama ini usul kerajaan berjaya ditolak- tetapi semalam adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia,”kata beliau.
Usul Kerajaan semalam adalah untuk peruntukan subsekyen 4(5) SOSMA (yang membenarkan individu ditahan selama 28 hari tanpa bicara) dilanjutkan tempoh kuat kuasa selama 5 tahun lagi.
“Saya nak sentuh tentang bagaimana keputusan semalam dicapai. Keputusan menyokong (dari kerajaan) – 84 undi. Keputusan menolak (dari pembangkang) – 86 undi
“Ada 2 undi majoriti, jadi usul ditolak.
“Saya nak sebut juga, ada 32 Ahli Parlimen Kerajaan tak hadir ke Dewan untuk mengundi – juga menyebabkan usul ini berjaya ditolak Pembangkang.
“Jadi, boleh sahaja kalau kerajaan mahu luluskan usul semalam, tapi mereka memilih untuk tidak hadir ke dalam Dewan Rakyat dan jalankan hak untuk mengundi sebagai Ahli Parlimen.
“Pembangkang, kita Jalan Tegak!” katanya yang juga Presiden Parti Ikatan Demoktratik Malaysia (MUDA) di Facebook.
Mereka yang tidak hadir:
- Sembrong (Luar Negara)
- Santubong
- Tanah Merah (Umrah)
- Kuala Pilah
- Ayer Hitam (Luar Negara)
- Tapah
- Kota Marudu
- Bandar Tun Razak
- Nibong Tebal
- Keningau
- Rompin
- Bukit Gantang
- Pekan
- Marang
- Pagoh
- Putrajaya
- Kuala Nerus
- Kinabatangan
- Batang Lupar
- Pasir Mas
- Lahad Datu
- Gombak (Masuk Dewan Lewat)
- Padang Besar (Masuk Dewan Lewat)
- Pontian
- Bagan Datuk
- Tasek Gelugor
- Pasir Puteh
- Ketereh (Masuk Dewan Lewat)
- Lenggong
- Bintulu
- Alor Gajah
Semalam, usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal mendapat sokongan mencukupi Dewan Rakyat dalam undi belah bahagi, apabila hanya 84 bersetuju manakala 86 tidak bersetuju, manakal 50 lagi tidak hadir.
Ini bermakna, subseksyen berkenaan – yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret – tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022.