KUALA
LUMPUR: Beberapa saksi di Singapura sudah
bersetuju untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes Datuk Dr Tawfiq
Ayman berkaitan dakwaan beliau menerima dana 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md
Din berkata, sepasukan pegawai penyiasat akan ke negara terbabit pada 29 hingga
31 Mac ini.
"Siasatan bagi mendapatkan
keterangan dan juga dokumen yang diperlukan, sebelum dirujuk semula kertas
siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Kita
ada saksi-saksi di sana membabitkan perbankan yang bersetuju untuk memberi
kerjasama," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Mohd
Kamarudin memaklumkan mungkin terdapat beberapa tambahan keterangan saksi lain
bergantung kepada keadaan.
Terdahulu,
Tawfiq yang juga suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar
Aziz menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah
menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.
Beliau
menegaskan tidak mengenali individu bernama Tim Leissner atau Roger Ng jauh
sekali bertemu atau berkomunikasi dengan mereka.
Kenyataan
itu hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi
syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas
pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, baru-baru
ini.
"Kita ada saksi-saksi di sana membabitkan
perbankan yang bersetuju untuk memberi kerjasama," katanya pada sidang
media di sini pada Khamis.
Mohd Kamarudin memaklumkan mungkin terdapat
beberapa tambahan keterangan saksi lain bergantung kepada keadaan.
Terdahulu, Tawfiq yang juga suami kepada bekas
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi firma guaman Tetuan
Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah
daripada sesiapa.
Beliau menegaskan tidak mengenali individu
bernama Tim Leissner atau Roger Ng jauh sekali bertemu atau berkomunikasi
dengan mereka.
Kenyataan itu hadir susulan keterangan
diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs
pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di
Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, baru-baru ini.