MENJAWAB FITNAH SDR ZAIDI TENTANG SAIFUDDIN NASUTION
Musim pemilihan parti pelbagai isu berlegar. Anggota2 parti
mesti bijak menapis. Fakta dan fitnah jauh bezanya. Tulisan saudara Zaidi ini
satu contoh yang saya maksudkan. Benar sejarah tidak pernah berbohong tetapi
Zaidi ?
Saya Redzuan Alias Ketua Cabang KEADILAN Machang ingin memberi
ulasan saya ..
*(Tulisan bold atau huruf kecil adalah tulisan sdr Zaidi,
tulisan huruf besar adalah ulasan saya)*
*Menyorot kembali keberadaan Saifuddin di dalam KEADILAN,
sejarah tidak pernah berbohong.*
*Setelah tewas dalam PRU11 di Parlimen Padang Serai tahun 2004,
Saifuddin telah meninggalkan KEADILAN.*
ISTERI DS SAIFUDDIN ORANG MACHANG, KG AIR HIJAU BATU 30. SETELAH
KALAH PRU2004 SAIFUDDIN BERPINDAH KE MACHANG. ANAK2 KECILNYA PUN BERPINDAH
SEKOLAH DI MACHANG. SAIFUDDIN PINDAH CABANG DARI PADANG SERAI KE CABANG
MACHANG. SAIFUDDIN TIDAK TINGGALKAN KEADILAN. TUDUHAN ZAIDI ADALAH FITNAH!
*Saifuddin didakwa tidak memaklumkan kepada parti bahawa dia
telah menyertai Pas seperti disahkan Mahfuz Omar pada 2007.*
JIKA SAIFUDDIN MENJADI ANGGOTA CABANG MACHANG KENAPA PERLU
MAKLUMKAN KPD PARTI DIA MASUK PAS? KENYATAAN MAHFUZ DIBUAT PADA 2007 BHW
SAIFUDDIN SAH AHLI PAS. ITU HUJAH ZAIDI? UTK MAKLUMAN ZAIDI, SAIFUDDIN MASA
ZAMAN SISWA PADA TAHUN 1980AN DIA AHLI PAS. TAK PERLU MASUK PAS LAGI SEBAB DAH
MEMANG AHLI PAS. KEMUDIAN SAIFUDDIN MASUK UMNO. JAWATAN TERAKHIRNYA SETIAUSAHA
UMNO MALAYSIA. BILA DS ANWAR IBRAHIM DIZALIMI, SAIFUDDIN SERTAI KEADILAN.
*Waktu itu KEADILAN berada dalam keadaan AMAT LEMAH dengan
tinggal hanya satu kerusi Parlimen iaitu Permatang Pauh.*
*Selaku seorang pimpinan parti waktu itu, tergamak Saifuddin
meninggalkan parti. Beliau pergi ke Kelantan dan diberikan kerja oleh Datuk
Husam Musa sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali, sebuah GLC milik
Kerajaan Negeri Kelantan.*
ALMARHUM TGNA DAN HUSAM MUSA JEMPUT SAIFUDDIN IKUT MEMBANTU DI
KELANTAN. MASA ITU KERUSI PAS 23 DAN UMNO 22 SETELAH PAS KALAH P’RAYA KECIL
PENGKALAN PASIR. SAIFUDDIN DILANTIK PENGURUS TABUNG AMANAH TOK KENALI.
PENGERUSINYA ALMARHUM TGNA SENDIRI. ADA ALP TERDIRI EXCO KERAJAAN NEGERI,
PENASIHAT UNDANG2 , PEGAWAI KEWANGAN DAN TS AZIZ RAHMAN.
SAIFUDDIN MEMPERKENALKAN SKIM INSURAN WARGA EMAS(KIFAALAH).
SEMUA RAKYAT KELANTAN BERUSIA 60 TAHUN KEATAS DAN KELUARGA MEREKA DAPAT
MANFAAT. SAIFUDDIN JUGA MENGGERAKKAN PROGRAM LATIHAN KPD PIMPINAN MASYARAKAT
KELANTAN. ARWAH US YAHYA OSMAN, ARWAH US WAN JAMIL, CEKGU WAN RAHIM ANTARA YANG
KUAT MEMBANTU PROGRAM INI. KAMI ANGGOTA KEADILAN BERBANGGA DGN PENGHARGAAN YG
DIBERIKAN KPD SAIFUDDIN OLEH ALMARHUM TGNA. SAMPAI HARI INI DI KELANTAN SEBUT
NAMA SAIFUDDIN DAN TABUNG TOK KENALI ORANG AKAN KAITKAN DGN PROGRAM PALING
BERJAYA IAITU “”KIFAALAH”
*Sepanjang meninggalkan parti selepas PRU11 tahun 2004 hingga
2007, Saifuddin langsung tidak menghiraukan parti.*
KEADILAN KELANTAN MASA ITU DIPIMPIN NIK MAHMUD NIK HASSAN. SAYA
YANG MENJADI PEMANDU SAIFUDDIN MENJELAJAH HAMPIR SELURUH KELANTAN DAN
TERENGGANU MENYERTAI PROGRAM PARTI. BOLEH CARI DALAM YOUTUBE .. TAIP NAMA
SAIFUDDIN. MASUKKAN TAHUN 2004-2007 NESCAYA ZAIDI TENTU JUMPA REKOD ITU.
TUDUHAN ZAIDI SANGAT JAHAT DAN JIJIK.
*Rekod sebelum itu menunjukkan Saifuddin telah diterima menjadi
Ahli Pas, Cawangan Kampung Sakan, Pokok Sena, Kedah pada 8 Januari 2007 dengan
Nombor Keahlian 0828715.*
SAIFUDDIN MASUK PAS ZAMAN SISWA LAGI BUKAN 2007. KAMPUNG
SAIFUDDIN IALAH KG SG DURIAN POKOK SENA KEDAH. SATU KAMPUNG DGN MAHFUZ DAN DR
SITI MARIAH MAHMUD. SILA ZAIDI CARI PULA DLM REKOD UMNO BOLEH JADI NAMA
SAIFUDDIN MASIH ADA! KENAPA TIDAK ZAIDI FOKUS KPD REKOD KERJA SAIFUDDIN DLM
KEADILAN SEJAK 1999 SAMPAI SEKARANG? BERLAKU ADIL LAH ZAIDI WALAUPUN KAMU BENCI
SAIFUDDIN.
*Namun pada Mei 2007 semasa KEADILAN mengadakan Kongres di
Seremban, Saifuddin muncul semula. Dengan kemunculan itu, beliau telah dilantik
selaku Pengarah Strategi oleh Ketua Umum, Dato Seri Anwar Ibrahim.*
SAIFUDDIN MUNCUL SEMULA PEGANG JAWATAN DI PUSAT, BETUL. SETELAH
BERGELUMANG DGN KEADILAN DI KELANTAN. SAIFUDDIN TAK SERANG PARTI. TAK PERLEKEH
PRESIDEN. TAK PERLEKEH PARTI SAHABAT. TAK AMBIL DIRI SENDIRI SERBA
HEBAT
. ADA BEZA TU. SEBAB ITU PRESIDEN UMUM SAIFUDDIN PEGANG JAWATAN
PENGARAH STRATEGIK. MASA INI KEADILAN HANYA ADA SATU KERUSI, PERMATANG PAUH.
SAIFUDDIN BANTU PRESIDEN, KETUA UMUM DAN BERGANDING DGN SELURUH PIMPINAN PARTI
SRMUA PERINGKAT, KERJASAMA DGN RAKAN2 PAKATAN RAKYAT DAN PADA PRU 2008 KEADILAN
MENANG 33 KERUSI PARLIMEN DAN IKUT JADI KERAJAAN DI KEDAH, TGANU, KELANTAN,
PERAK, PULAU PINANG DAN SELANGOR. DI PUSAT UMNO BN HILANG 2/3 MAJORITI. TAK
PULA SAIFUDDIN PUKUL CANANG SEBAB DIA TAHU ITU USAHA SEMUA ORANG.
*Saya beranggapan DSAI tidak mengetahui Saifuddin telah menjadi
Ahli Pas semasa perlantikan ini. Sebab itulah keahlian Saifuddin di dalam
KEADILAN tidak digugurkan oleh parti semasa beliau meninggalkan parti sepanjang
2004 hingga Mei 2007.*
DS ANWAR NI BILA NAK LANTIK DIA TAK LAYAN MAKLUMAT SAMPAH DAN
FITNAH. DIA TENGOK PADA BAKAT DAN KEBOLEHAN.
*Selaku seorang sahabat, suka saya menasihatkan Saifuddin,
usahlah menyindir Rafizi jika sejarah kamu meninggalkan KEADILAN dalam masa
KEADILAN sedang mengalami waktu sukar tidak mampu kamu tutupi.*
BAB INI SAYA NAK TERGELAK. ZAIDI BUKAN NASIHAT TAPI FITNAH
SAIFUDDIN. ITU BUKAN GAYA SAHABAT. SAIFUDDIN TAK PERNAH TINGGALKAN KEADILAN.
2004-2007 SAIFUDDIN ANGGOTA CABANG MACHANG DAN MENANG KERUSI PARLIMEN MACHANG PRU
2008!
*Jangan bersikap umpama “meludah ke langit nanti jatuh ke muka
sendiri”.*
UNTUK MAKLUMAN ZAIDI KES SAIFUDDIN SAMAN FITNAH ZURAIDAH
KAMARUDIIN MASIH BERJALAN DI MAHKAMAH. DI ANTARA ISUNYA TERMASUH TUDUHAN
ZURAIDAH BHW SAIFUDDIN KELUAR KEADILAN MASUK PAS. ATAU MEMANG ZAIDI SAMA TARAF
DGN ZURAIDAH .. BUKAN SAHAJA KHIANAT TAPI JUGA MEMFITNAH?
*Keratan akhbar Malaysiakini yang mengesahkan penyertaan
Saifuddin ke dalam Pas oleh Mahfuz pada 2007.*
*Sehingga artikel ini ditulis, hanya Rafizi seorang yang membuat
pengumuman rasmi menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti
pada bulan Mei nanti. Kembalinya Rafizi untuk aktif telah disambut baik oleh
ramai anggota parti khususnya dan pelbagai lapisan masyarakat amnya.*
*Tidak ada salahnya Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden
kerana beliau berhak selaku Anggota parti yang sah dan memenuhi Perlembagaan
parti dan Peratutan-Peraturan Pemilihan yang telah ditetapkan.*
*Selaku pimpinan tertinggi parti, sepatutnya Saifuddin berlapang
dada meraikan kepulangan Rafizi untuk turut menyertai pesta demokrasi iaitu
pemilihan parti.*
MENGENALI SAIFUDDIN DAN MENGENALI RAFIZI SAYA SANGAT YAKIN
MEREKA SALING MENGHURMATI DAN MENGIKTIRAF PERANAN DAN SUMBANGAN MASING2 KPD
PARTI. JANGAN ROSAKKAN HUBUNGAN MEREKA DGN FITNAH SEPERTI YANG ZAIDI BUAT.
TIADA SIKIT PUN KEBAIKAN KEPADA PARTI.
REDZUAN ALIAS
Ketua Cabang Macang