RAFIZI DAN AINA
SAYA DIPECAT KERJA KERANA ANJUR CERAMAH RAFIZI
Saya ingin berkongsi secara ringkas kisah antara saya dan
Rafizi. Pada 24 Disember 2016, saya terlibat menganjurkan ceramah Rafizi Ramli
di Kelantan. Akibat dari itu saya dipanggil oleh pimpinan utama PAS Kelantan,
dan kemudiannya di'pecat' kerja sebagai Pegawai Penyelidik Kerajaan Negeri
Kelantan.
IDEALISME PERJUANGAN RAFIZI
Idealisme perjuangan Rafizi banyak saya hayati terutama dalam
keberanian, aktivisma dan kajian. Saya kemudiannya mengerakkan Pusat Khidmat
Rakyat KEADILAN KB dengan memberi tumpuan kepada isu isu rakyat dan melawan
kezaliman BN, termasuk kelemahan kerajaan PAS Kelantan.
MEMORANDUM BEBAS RAFIZI DI IPK KELANTAN
Saat Rafizi ditangkap polis akibat pendedahan berani beliau
berkaitan skandal BN, saya memilih untuk menggesa pembebasan Rafizi di IPK
Kelantan. Hahaha...ramai polis, SB dan anggota risikan MKN menyambut saya di
pintu masuk IPK.
INVOKE KELANTAN
Setahun menjelang PRU14 saya dan rakan2 bertemu Rafizi di
Terengganu supaya Pejabat INVOKE Kelantan dibuka, walaupun asalnya Kelantan
bukan negeri tumpuan INVOKE. 1 Sep 2017, pejabat INVOKE Kelantan dibuka. Saya
dilantik oleh Rafizi sebagai Pengurus Negeri /Regional Field Coordinator (RFC)
Kelantan bersama 4 orang Sub-Field Coordinator (SFC).
CERAMAH TRAK INVOKE DI KELANTAN
3 lokasi ceramah Rafizi saya atur di Kelantan. Iaitu di Kuala
Krai, Machang dan Kota Bharu. Saya turut berceramah di atas trak INVOKE bersama
Rafizi, YB Roslan Puteh, Sazmi Miah (PPBM), Dendi, Nasir (Orang Asli), Cg. Wan
Rahim (AMANAH) dan Chua (DAP).
LATIHAN PACA
Kami melatih ribuan jentera Pakatan Harapan di Kelantan melalui
Modul Latihan PACA INVOKE yang saya tambahbaik menurut pengalaman pilihan raya
di Kelantan.
'CALON' PRU14
Menjelang PRU14 saya telah diminta oleh pimpinan pusat supaya
bersedia sebagai calon Parlimen Pasir Mas. Maka saya mula memberi fokus kepada
parlimen Pasir Mas. Namun dinamik politik disaat akhir berubah.
KEMENANGAN HARAPAN
Phonebank, Canvassing dan PACA terus menerus menjadi strategi
utama INVOKE diseluruh negara, termasuk di Kelantan. Sekalipun banyak
pertandingan 3 penjuru, HARAPAN berjaya memenangi PRU14 sebagaimana ramalan
INVOKE.
KERAJAAN HARAPAN
Maaf, bahagian ini saya akan tulis perincian dimasa akan datang.
PEMILIHAN PARTI
Sudah tentu saya terlibat secara langsung dalam menyusun pasukan
R20T Kelantan. Ia melibatkan siapa calon
terbaik
di setiap cabang, rundingan kompromi, pendanaan dan kempen
pemilihan. R20T Kelantan menang 9 daripada 14 cabang. Pemilihan parti juga
membawa saya ke beberapa negeri termasuk Sarawak utk bertugas sebagai wakil
calon Timbalan Presiden bagi Rafizi.
IDEALISME PERJUANGAN RAFIZI DI KELANTAN
Rafizi melihat KEADILAN Kelantan berpotensi menjadi parti
terkuat di Kelantan berdasarkan jumlah keluar mengundi dalam pemilihan parti
lalu.
KENYATAAN PERTAMA SEBAGAI NAIB PRESIDEN
Pertama, Perkuat rangkaian ekonomi dan Kedua, maklumat akar
umbi. Saya percaya kedua perkara ini akan membantu Presiden diperingkat
nasional dan Pengerusi MPN di peringkat negeri, khasnya Kelantan bagi mencapai
agenda reformasi yang lebih menyeluruh.
TERIMA KASIH RAF,TERUS BERJUANG
Rafizi banyak membentuk kepimpinan saya sebagai anak muda,
terutama melalui INVOKE. Idealisme perjuangan adalah manfaat terbesar yang saya
perolehi daripada kepimpinan Rafizi. Terima kasih Raf. Anda idola ramai.
Teruskan berjuang demi Malaysia tercinta.
Aina Sayuty
30 Disember 2018
Pasir Mas
(Tulisan ini diterbitkan semula bersempena dengan pengumuman
Rafizi Ramli utk bertanding Timbalan Presiden KEADILAN pada hari ini 15 Mac
2022)