MENJAWAB TULISAN ZAIDI AHMAD @AKI ROCK



Penulis Zaidi Ahmad @ Aki Rock cuba untuk menggambarkan seolah-olah penyokong keahlian ini tiada kerja lain selain dari menghina dan membunuh karektor Rafizi Ramli. Sedangkan semua tahu, siapa yang banyak merendah-rendah imej DS Anwar Ibrahim selama ini?

Kita tahu, setiap kali Keadilan tewas dalam pilihanraya selepas langkah Sheraton, akan ada yang menyindir Presiden. Kononnya Presiden tidak dengar kata, tidak tahu strategi dan macam-macam lagi. Bahkan, secara terbuka didedahkan bagaimana seorang pimpinan muda menghina Presiden agar balik ke Turki kerana gagal dapatkan akuan bersumpah untuk menjadi PM. Waktu itu, siapa yang membela Presiden?

Siapa yang mendakwa Anwar Ibrahim ini lemah, tidak mendengar kata, dan terlalu ikut cakap penasihat? Tidakkah ini merupakan kata-kata yang merendahkan Presiden atau fitnah yang ingin menjatuhkan karektor Anwar Ibrahim? Itu belum didedahkan banyak komen atau tulisan yang banyak menyindir dan memperlekehkan Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, izinkan saya menjawab sedikit tulisan Sdr Zaidi Ahmad agar kita semua tidak dikelirukan.

Tulisan Zaidi Ahmad dipetik;

ZAIDI AHMAD

Pekan

15 Mac 2022

HENTIKAN MENGHINA DAN PEMBUNUHAN KAREKTOR KE ATAS RAFIZI RAMLI

1. Ramai yang marah Rafizi mengapa tidak membantu pertahan parti semasa "langkah Sheraton" dilaksanakan oleh Azmin, Kartel dan Bersatu.

Ramai juga yang mencemuh Rafizi mengapa ambil tindakan "berehat" tatkala parti dalam kesusahan.

Malah ramai yang menghina Rafizi kerana tidak membantu parti menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah,, Melaka, Sarawak dan yang terbaru, Johor.

Jawapan saya kepada 3 persoalan di atas adalah seperti berikut:

Langkah Sheraton & Rampasan Kuasa:

Tidak ramai yang mengetahui apabila berlaku Langkah Sheraton, Rafizi tampil untuk membantu menyelamatkan Kerajaan PH, namun beliau kemudian berundur kerana tidak bersetuju apabila ada pihak berstatus pimpinan di dalam parti yang masih berunding dengan pimpinan Umno waktu itu.

JAWAPAN:

FAKTA SEBENAR LANGKAH SHERATON BERLAKU FEBRUARI 2020. RAFIZI “BERCUTI” OKTOBER 2019. HUJAH RAFIZI MEMBANTU SELAMATKAN KERAJAAN PH SELEPAS SHERATON TIDAK BETUL LANGSUNG SEBAB RAFIZI SEBENARNYA BERUNDUR LEBIH AWAL SEBELUM SHERATON DENGAN TIDAK LAGI HADIR SEMUA MESYUARAT KEADILAN.

2. Tindakan berunding dengan Umno adalah langkah paling terkebelakang buruk dan bahaya dalam usaha menyelamatkan Kerajaan PH. Sangat menghairankan kerana mereka yang berkedudukan sebagai pimpinan parti masih percaya kepada janji-janji Umno. Lebih 20 tahun usaha menjatuhkan Umno menjadi sia-sia apabila perundingan dengan mereka menjadi naratif utama mempertahan kuasa.

Ingatlah, Umno tidak boleh dipercayai selamanya.

JAWAPAN:

KERAJAAN PH JATUH ANGKARA LANGKAH SHERATON. RAKYAT TERKEJUT. PENYOKONG JUGA MARAH KECEWA. KETIKA INI PIMPINAN PH DIDESAK BERBUAT SESUATU. DIAM DAN BERPELUK TUBUH BUKAN OPTION. ATUR LANGKAH AMBIL BALIK KUASA. BAGAIMANA? TUNGGU PRU LAMBAT LAGI. HAL INI DIBINCANG DLM PH. KEADILAN ITU SEBAHAGIAN PH. BAHKAN MEMIMPIN PH. BERUSAHA DAPAT BALIK KERAJAAN ITU SATU IKHTIAR. BOLEH JADI BERJAYA, BOLEH JADI GAGAL. DIAM TAK BUAT APA-APA SUDAH TENTU GAGAL. GAGAL SELEPAS USAHA JAUH LEBIH MULIA BERBANDING DIAM TAK BUAT APA. MPP DAN BIROPOL BINCANG LANGKAH INI. RAFIZI KETIKA INI TIDAK PERNAH HADIR WALAU SATU KALI PUN SEMUA MEETING MPP DAN BIROPOL. DI SINILAH KEPUTUSAN DIBUAT. BERUSAHA DAPATKAN SOKONGAN MP DI LUAR PH. UMNO DAN LAIN-LAIN PARTI. BUKAN KEPUTUSAN SEORANG DUA PIMPINAN. KEPUTUSAN KOLEKTIF. BAIK DALAM KEADILAN LEBIH-LEBIH LAGI PH. ADAB DAN DISIPLIN ORGANISASI ITU MESYUAWARAH. SEBELUM BUAT KEPUTUSAN BINCANG BERI PANDANGAN. SELEPAS KEPUTUSAN DIBUAT TAK SETUJU SEKALIPUN PATUH. BUKAN BERUNDUR JAUH SEKALI BEREHAT. JIKA PANDANGAN KITA DITERIMA … ISTIGHFAR. JIKA DITOLAK SYUKUR ALHAMDULILLAH. BEGITU YANG DIAJAR RASUL SAW.

3. Betulkah Rafizi "Berehat" Tatkala Parti Dalam Kesusahan?

Ini salah sama sekali.

Rafizi tidak berehat ketika parti dalam kesusahan. Rafizi meletakkan jawatan selaku Naib Presiden (yang dilantik) pada bulan Oktober 2019 tatkala KEADILAN sedang menjadi Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri bersama PH Plus.

Maknanya Rafizi letak jawatan sewaktu KEADILAN berada di puncak kegemilangan sebagai parti terbesar di dalam koalasi PH Plus dengan ramai Ahli Parlimen menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Malah dua orang ADUN KEADILAN diangkat menjadi Menteri Besar (Selangor & Negeri Sembilan). Ramai juga ADUN KEADILAN yang diangkat menjadi EXCO Negeri waktu itu.

Perletakkan jawatan sewaktu KEADILAN gemilang berada di puncak kuasa menunjukkan Rafizi seorang yang tidak tamak kepada jawatan dan pangkat.

Beliau berusaha keras siang dan malam selama 3 tahun sebelum PRU14 untuk memenangkan KEADILAN dan PH. Daripada sejumlah 44 Parlimen yang dipertanggungjawabkan penuh kepadanya, KEADILAN & PH menang 42 kerusi dan hanya tewas 2 kerusi.

Siang dan malam beliau membongkar kejahatan Umno, BN, Najib dan Rosmah sehingga dirinya di hadap ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara. Ini menghalang beliau daripada bertanding dalam PRU14.

JAWAPAN:

PARA INI MENJULANG SEORANG TOKOH TANPA SEDIKITPUN MENYEBUT DAN MENGHARGAI SETIAP ANGGOTA PARTI DAN PIMPINAN LAIN YANG IKUT MENYUMBANG KEMENANGAN KEADILAN.

DALAM SEJARAH PANJANG KEADILAN KALAH MENANG ITU TANGGUNGJAWAB DAN USAHA BERSAMA. BEGITULAH INDAHNYA SEBUAH PERJUANGAN.

MEMPOSISIKAN SEORANG TOKOH SEBAGAI PENYUMBANG MUTLAK KEMENANGAN PRU14 AMAT KETERLALUAN.

PRU 2004 KEADILAN KALAH TERUK TINGGAL SATU KERUSI PERMATANG PAUH. PRU 2008 KEADILAN MELONJAK MENANG 32 KERUSI PARLIMEN DAN MENJADI KERAJAAN DI KEDAH, PENANG DAN SELANGOR. JASA RAFIZI JUGA? KENAPA HANYA DISEBUT JASA BESAR RAFIZI PRU2018? MAKSUDNYA 2004-2008 ITU KEADILAN CEMERLANG DENGAN USAHA KERAS SETIAP PENYOKONG, ANGGOTA DAN PIMPINAN PARTI. BUKAN SEORANG INDIVIDU!

4. Mengapa Rafizi Tidak Membantu Parti Dalam PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor?

Jawapannya berkait dengan persoalan pertama iaitu beliau telah meletakkan jawatan.

Semasa Rafizi "berehat" wajarlah pemimpin-pemimpin lain yang selama ini mengaku sangat setia dan sentiasa membantu Presiden tampil menonjolkan kewibawaan masing-masing.

Pemimpin-pemimpin ini sewajibnya mengemukakan idea-idea bernas untuk memenangi keempat-empat PRN tersebut. Turun ke seluruh pelusuk negeri-negeri tersebut mengetuai kempen. Menyusun jentera dan gerak kerja.

Ketiadaan sosok Rafizi di dalam PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor harus membuka ruang kepada pemimpin-pemimpin yang ada bangkit membantu Presiden.

Namun apa yang nyata hanya Presiden, Kak Wan dan Nurul Izzah yang tampil dan bekerja keras.

Di mana pemimpin-pemimpin lain? Hanya tampil sekali sekala sambil bertanya soalan "di mana tempat makan yang sedap". Paling ramai ialah "membontoti" ke mana Presiden, Kak Wan dan Nurul Izzah pergi berkempen sambil cuba menyelit mencari ruang untuk berucap.

Inilah realiti yang berlaku.

PARA INI LANGSUNG TIDAK MENGHARGAI USAHA TENAGA ANGGOTA2 PARTI DARI SELURUH NEGARA YANG IKUT BERKAMPUNG MEMBANTU DI JOHOR. BILIK GERAKAN, CERAMAH KELOMPOK, EDAR RISALAH, PHONE BANKING, WASAP BLASTING, PACA DLL.

HANYA UNTUK JUSTIFY KETIDAKHADIRAN RAFIZI MEMBANTU DI JOHOR, PENULIS MALAH MEMPERLEKEH USAHA DAN SUMBANGAN ANGGOTA PARTI DAN PIMPINAN LAIN YANG TURUN MEMBANTU. SEDIHNYA SIKAP BEGINI Description: 😔

5. Rafizi Kembali Ke Gelanggang Politik.

Keputusan Rafizi untuk kembali ke gelanggang politik diambil ketika KEADILAN dan PH berada di tahap yang kritikal. Kalah 4 PRN dengan Melaka dan Sarawak tidak menang walau satu kerusi pun. Manakala Johor hanya menang 1 kerusi daripada 20 yang ditandingi.

Ini menunjukkan bahawa Rafizi bukan "pergi ketika susah datang ketika senang"

Sebaliknya Rafizi "pergi ketika parti dalam kesenangan dan datang kembali ketika parti dalam kesusahan".

Keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Rafizi sepatutnya diraikan. Ini proses demokrasi di dalam parti. Tiada yang menyalahi dan perlu dibimbangkan.

Sesiapa yang layak silalah tampil mengemukakan pencalonan. Bertandinglah dengan profesional dan semangat persaudaraan. Tegurlah dengan berhemah. Jauhkan menghina dengan tujuan membunuh karektor.

Raikan perbedaan. Berhujahlah dengan fakta.

Selamat bertanding pemilihan parti.

SEBAGAI ANGGOTA KEADILAN RAFIZI BERHAK MASUK BERTANDING. AHLAN WA SAHLAN. INI SUATU NILAI TAMBAH KEPADA PARTI. IDEA DAN REKOD KERJANYA CEMERLANG. SELAMA INIPUN PARTI TIDAK PERNAH TUTUP PINTU UNTUK RAFIZI. BELIAU SENDIRI PILIH BERCUTI. DALAM TEMPOH ITU TERUS MEMBINA EMPAYAR POLITIK SENDIRI. TANGGUNGJAWAB PARTI DIABAI. KEPUTUSAN PARTI DIPERLEKEH DAN DIPERTIKAI DI DADA MEDIA. KEMUDIAN BUAT LANGKAH KEMBALI SEBAGAI SANG PENYELAMAT!

SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN.