MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Liu Bei salah seorang raja dalam dinasti Han. Bersamanya ada 3
orang yang
hebat
berperang. Dalam
hebat
itu, dia susah membentuk kerajaan. Hanya menguasai beberapa
kota, kemudian kalah balik.
Suatu hari, dia terjumpa seseorang lelaki tua. Lelaki tua itu
berkata, burung boleh terbang kerana ada dua sayap.
Kalau ada sebelah sayap, susah burung itu mahu terbang.
Dia tidak faham maksud perkataan orang tua itu.
Orang tua itu menjelaskan, bahawa seseorang pemimpin itu boleh
menang apabila dia ada dua jenis manusia di kelilingnya.
Pertama, tentera yang
hebat
. Ini dia sudah ada.
Kedua, ahli fikir yang
hebat
. Ini dia belum ada lagi.
Sejak itu, Liu Bei cari ahli fikir. Lama kelamaan dia dapat
Zhuge Liang. Dia sanggup bersusah untuk dapatkan Zhuge Liang.
Akhirnya, setelah beberapa siri memujuk dan menampilkan kesungguhan,
dia dapat juga Zhuge Liang.
Setelah Zhuge Liang duduk dengan Liu Bei, sejak itu dia mendapat
kerajaan demi kerajaan sehingga dia pun digelar sebagai raja.
Dalam sejarah Melayu, orang bijak memang tidak disukai oleh dua
jenis manusia:
A. Kalangan yang malas bekerja tetapi mahu jawatan yang besar.
mereka nak kerja senang sahaja, tetapi dapat habuan yang besar.
B. Kalangan yang tidak mampu berfikir, tetapi mahu jawatan yang
besar.
Mereka ini hidup di keliling pemimpin dengan mengampu dan cakap
banyak sahaja. Tidak ada sesuatu yang baru pun mereka dapat lakukan.
Mereka ini wujud tidak baik pun untuk seseorang pemimpin.
Bahkan, ia akan menjadikan pemimpin itu semakin tidak relevan.
Dua jenis manusia ini, dia tidak suka orang bijak, kerana
kehadirannya akan mengugat jawatan mereka. Sebab itu, mereka sanggup lakukan
apa sahaja untuk pastikan orang bijak itu mati
Contohnya, kisah Hang Nadim.