KISAH RAFIZI DAN AINA

 



RAFIZI DAN AINA

SAYA DIPECAT KERJA KERANA ANJUR CERAMAH RAFIZI

Saya ingin berkongsi secara ringkas kisah antara saya dan Rafizi. Pada 24 Disember 2016, saya terlibat menganjurkan ceramah Rafizi Ramli di Kelantan. Akibat dari itu saya dipanggil oleh pimpinan utama PAS Kelantan, dan kemudiannya di'pecat' kerja sebagai Pegawai Penyelidik Kerajaan Negeri Kelantan.

IDEALISME PERJUANGAN RAFIZI

Idealisme perjuangan Rafizi banyak saya hayati terutama dalam keberanian, aktivisma dan kajian. Saya kemudiannya mengerakkan Pusat Khidmat Rakyat KEADILAN KB dengan memberi tumpuan kepada isu isu rakyat dan melawan kezaliman BN, termasuk kelemahan kerajaan PAS Kelantan.

MEMORANDUM BEBAS RAFIZI DI IPK KELANTAN

Saat Rafizi ditangkap polis akibat pendedahan berani beliau berkaitan skandal BN, saya memilih untuk menggesa pembebasan Rafizi di IPK Kelantan. Hahaha...ramai polis, SB dan anggota risikan MKN menyambut saya di pintu masuk IPK.

INVOKE KELANTAN

Setahun menjelang PRU14 saya dan rakan2 bertemu Rafizi di Terengganu supaya Pejabat INVOKE Kelantan dibuka, walaupun asalnya Kelantan bukan negeri tumpuan INVOKE. 1 Sep 2017, pejabat INVOKE Kelantan dibuka. Saya dilantik oleh Rafizi sebagai Pengurus Negeri /Regional Field Coordinator (RFC) Kelantan bersama 4 orang Sub-Field Coordinator (SFC).

CERAMAH TRAK INVOKE DI KELANTAN

3 lokasi ceramah Rafizi saya atur di Kelantan. Iaitu di Kuala Krai, Machang dan Kota Bharu. Saya turut berceramah di atas trak INVOKE bersama Rafizi, YB Roslan Puteh, Sazmi Miah (PPBM), Dendi, Nasir (Orang Asli), Cg. Wan Rahim (AMANAH) dan Chua (DAP).

LATIHAN PACA

Kami melatih ribuan jentera Pakatan Harapan di Kelantan melalui Modul Latihan PACA INVOKE yang saya tambahbaik menurut pengalaman pilihan raya di Kelantan.

'CALON' PRU14

Menjelang PRU14 saya telah diminta oleh pimpinan pusat supaya bersedia sebagai calon Parlimen Pasir Mas. Maka saya mula memberi fokus kepada parlimen Pasir Mas. Namun dinamik politik disaat akhir berubah.

KEMENANGAN HARAPAN

Phonebank, Canvassing dan PACA terus menerus menjadi strategi utama INVOKE diseluruh negara, termasuk di Kelantan. Sekalipun banyak pertandingan 3 penjuru, HARAPAN berjaya memenangi PRU14 sebagaimana ramalan INVOKE.

KERAJAAN HARAPAN

Maaf, bahagian ini saya akan tulis perincian dimasa akan datang.

PEMILIHAN PARTI

Sudah tentu saya terlibat secara langsung dalam menyusun pasukan R20T Kelantan. Ia melibatkan siapa calon

terbaik

di setiap cabang, rundingan kompromi, pendanaan dan kempen pemilihan. R20T Kelantan menang 9 daripada 14 cabang. Pemilihan parti juga membawa saya ke beberapa negeri termasuk Sarawak utk bertugas sebagai wakil calon Timbalan Presiden bagi Rafizi.

IDEALISME PERJUANGAN RAFIZI DI KELANTAN

Rafizi melihat KEADILAN Kelantan berpotensi menjadi parti terkuat di Kelantan berdasarkan jumlah keluar mengundi dalam pemilihan parti lalu.

KENYATAAN PERTAMA SEBAGAI NAIB PRESIDEN

Pertama, Perkuat rangkaian ekonomi dan Kedua, maklumat akar umbi. Saya percaya kedua perkara ini akan membantu Presiden diperingkat nasional dan Pengerusi MPN di peringkat negeri, khasnya Kelantan bagi mencapai agenda reformasi yang lebih menyeluruh.

TERIMA KASIH RAF,TERUS BERJUANG

Rafizi banyak membentuk kepimpinan saya sebagai anak muda, terutama melalui INVOKE. Idealisme perjuangan adalah manfaat terbesar yang saya perolehi daripada kepimpinan Rafizi. Terima kasih Raf. Anda idola ramai. Teruskan berjuang demi Malaysia tercinta.

Aina Sayuty

30 Disember 2018

Pasir Mas

(Tulisan ini diterbitkan semula bersempena dengan pengumuman Rafizi Ramli utk bertanding Timbalan Presiden KEADILAN pada hari ini 15 Mac 2022)