ANWAR DI DUN SEMERAH

 

Pagi tadi berkempen di sekitar Dun Semerah dan bertemu rakyat di sana. Saya lihat rata-rata pengundi menzahirkan rasa resah dan mengeluh tatkala melihat kos sara hidup yang kini terus menekan kehidupan rakyat.

Saya turut sebut bahawa saya kini sedang mendesak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran simpanan KWSP. Ini kerana sejak dari kemelut bah tahun lalu, saya dan rakan-rakan telah menggesa kerajaan untuk menampung kerugian yang dialami rakyat. Namun, gesaan ini tidak diendahkan.

Justeru, dari kegagalan ini timbul desakan dari rakyat untuk mengeluarkan simpanan mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya sesebuah kerajaan itu ada rencana yang jelas serta sikap prihatin dan peka akan nasib rakyat.

#SuaraRakyatJohor