Keadilan menampilkan Puan Zulinah A Johari, anak jati Felda
Nitar 2. Selepas jatuh kerajaan PH akibat pengkhianatan, beliau terus bergerak
aktif di kawasan Tenggaroh. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Wanita Johor
nerangkap Ketua Wanita Keadilan Mersing.
Di dalam PRN kali ini, beliau akan berhadapan dengan calon Pas
(PN), calon MIC (BN) dan calon dari Pejuang, kesemuanya lelaki dan bukan anak
tempatan. Sebelum ini, Dun Tenggaroh yang majoritinya Melayu Islam telah
memilih calon MIC dari BN. Itu dahulu.
Apakah kali ini warga felda Dun Tenggaroh masih tidak mahu
menerima anak jati felda sebagai wakil rakyat mereka? Keadilan hanya tawarkan
pilihan buat masyarakat di Dun Tenggaroh. Kami tawarkan PUAN ZULINAH BTE A
JOHARI.
Buat pengundi-pengundi di perantauan, kami menyeru anda untuk
pulang mengundi bagi membantu masyarakat di kawasan anda untuk melakukan
perubahan. Sudah sampai masanya suara warga felda dibawa oleh anak felda
sendiri.
UNDILAH KEADILAN. SUARA RAKYAT JOHOR!!
WFAUZDIN NS