Pagi tadi berkempen di sekitar Dun Semerah dan bertemu rakyat di
sana. Saya lihat rata-rata pengundi menzahirkan rasa resah dan mengeluh tatkala
melihat kos sara hidup yang kini terus menekan kehidupan rakyat.
Saya turut sebut bahawa saya kini sedang mendesak kerajaan untuk
membenarkan pengeluaran simpanan KWSP. Ini kerana sejak dari kemelut bah tahun
lalu, saya dan rakan-rakan telah menggesa kerajaan untuk menampung kerugian
yang dialami rakyat. Namun, gesaan ini tidak diendahkan.
Justeru, dari kegagalan ini timbul desakan dari rakyat untuk
mengeluarkan simpanan mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya sesebuah
kerajaan itu ada rencana yang jelas serta sikap prihatin dan peka akan nasib
rakyat.