Aku tak faham. Polis nak siasat
siapa yang muat naik video berdurasi 29 saat tentang seorang anggota polis
sedang memantau solat Jumaat. Aku belum tengok videonya. Tapi apa yang
salahnya?
Kalau nak kata menimbulkan kegusaran awam, apa yang masyarakat
gusarkan dengan video tersebut? Yang orang gusar adalah bila dihalang solat
jemaah di masjid. Hak beragama dirampas. Bukan video tu.
Lainlah kalau video itu diedit. Itu dah buat fitnah. Tapi...
Kalau kata dia kritik tindakan polis pun apa yang salah? Ini negara demokrasi.
Bukan negara polis. Orang awam berhak untuk bersuara!
Siapa tak marah bila acara maksiat, sukan dan politik semuanya
seolah tiada sekatan tapi bab solat, polis rajin pula nak pantau. Cuba buat
kalau tak booster, tak boleh mengundi di Johor. Berani?
Aku belum tengok video tu cuma baca di portal berita. Setakat
yang aku baca, tak nampak mana salahnya. Video begitu takkan timbulkan
kegusaran awam. Sebaliknya orang lebih gusar apabila polis suka tangkap mereka
yang kritik kerajaan dan polis. Guane boh?