NORMAN RADZUAN
Kita baru merisik bagaimana kami nak membantu?
UKRAINE PATUT SEDAR SIAPA NATO
Buka messenger kawan Fb minta komen tentang Ukraine dan Russia. Saya mcm tidak mahu sb berehat 2 hari menulis kerana demam…. ramai juga rakan2 sudah menulis mengenai.
Apapun demi menunaikan permintaannya, saya akn ulas konflik Ukraine & Russia ini dari kacamata saya dgn cara yg mudah difahami.
Ya ramai yg memberi komen Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai former actor and comedian. Ya latar belakang beliau dan faktor umurnya yg masih muda membuatkan dia gagal menggunakan hubungan diplomatik utk berunding dgn Putin.
Ramai yg tertanya kenapa NATO tidak bantu Ukraine?Beginilah saya beri perumpamaan mudah…Ukraine ini ibarat anak dara yg cantik menjadi rebutan. Kekasih barunya (NATO) menjanji pelbagai kemewahan jika bersamanya. Tiba2 muncul bekas kekasihnya menghalang hubungan barunya dgn pelbagai ugutan.
Lalu gadis ini minta bantuan kpd kekasih barunya. Kekasih barunya kata dia tak mahu masuk campur kerana gadis ini bukan isteri yg sah dan hanya kekasih dan baru merisik. Akhirnya keluarga gadis ini diganggu hingga pecah rumah dan kematian ahli keluarganya.
Itu perumpamaan mudah situasi berlaku di Ukraine yg kini telah diserang Russia tanpa bantuan NATO. Presiden Ukraine kelmarin melahirkan rasa kekesalan kerana tiada bantuan ketenteraan daripada NATO.
Alasan anggota NATO mudah… Ukraine masih belum menganggotai Nato lalu bagaimana NATO ingin membantu. Ini kerana mana2 negara yg sah menjadi anggota NATO jika negara mereka diserang, NATO akn membantu dari segi ketenteraan.
Dlm keadaan Pandemik mana ada negara dlm NATO yg ekonomi menguncup mahu mengeluarkan berbillion dana utk berperang. Mereka hanya boleh berikan tekanan politik dan ekonomi sahaja.
NATO ini dah 72 tahun ditubuhkan dgn 30 negara menjadi anggotanya. Asalnya utk tujuan ketenteraan atau keselamatan sesebuah negara selepas perang Dunia 2 dahulu. Mereka belajar dari Perang Dunia 2 apabila Tentera Bersekutu berjaya menewaskan tentera Nazi.
Ok ramai dah tahu kenapa Russia menyerang Ukraine… tujuannya tidak mahu negara ini menyertai NATO demi keselamatan negaranya. Sebab mereka bimbang Amerika dan sekutunya akn menggunakan sempadan Ukraine dan Laut Hitam sebagai penempatan tentera darat, udara dan laut NATO.
Tetapi semalam Putin selepas dia mendapat bantahan atau tentangan daripada penduduk Russia sendiri serta masyarakat dunia, dia telah mencipta alasan baru.
Alasan terbaru Putin, dia menyerang Ukraine kerana negara ini telah membuat jenayah pembunuhan beramai ramai sejak beberapa tahun lalu kpd penduduk Ukraine di Donvas. Donvas adalah dibawah kedaulatan Ukraine (sempadan Russia).
Katanya pemisah pro Moscow di Donvas telah meminta bantuan Russia membela nasib mereka. Utk pengetahuan pembaca, penduduk Donvas mereka fasih berbahasa Russia dan byk mengamalkan adat2 budaya Russia hingga ratusan ribu penduduk di daerah ini telah diberi kerakyatan Russia.
Bijak Putin…mengalihkan isu pokok kpd alasan2 yg lain dgn melahirkan persepsi Ukraine kejam kpd rakyatnya sendiri. Yelah jika benar begitu alasannya sepatutnya isu rakyat Rohingya dia pun bersuara dan begitu juga isu Palestin.
Sebenar Putin menyimpan dendam kpd penduduk Ukraine apabila mantan Perdana Menteri dan Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych telah dijatuhkan oleh rakyat Ukraine malah telah dihadapkan kesalahan jenayah berat.
Putin berang kerana Yanukovych adalah puppet kpdnya. Malah Putin telah memberi pelindungan kpd bekas Presiden itu di Russia. Hinggakan Interpol puts Viktor Yanukovych on wanted list… itu serba sedikit sejarah mengenainya sb sesuatu yg berlaku itu kena tgk jauh ke belakang.
Saya pendekkan cerita, negara2 Eropah tahu jika terlibat dlm peperangan ini Rusia mempunyai limpahan gas alam, minyak, arang batu dan logam mulia. 30% daripada pasaran pengguna Eropah dtgnya dari Russia.
Eropah perlukan gas dan Russia perlukan wang. Yg jadi mangsa adalah Ukraine. Jadi pengakuan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mereka kini bersendirian… dia sebenarnya tidak belajar dari Palestine.
Rundingan dan tekanan yg cuba dilakukan Eropah berbulan lamanya hanya membuat kemusnahan dan jumlah ribuan kematian kpd penduduk Ukraine. Di kala dunia masih berlawan dgn Covid19 hingga berlaku kelembapan ekonomi peperangan bukan pilihan terbaik.
Ini bukan soal maruah Ukraine tapi maruah Presidennya yg sebelum ini percaya janji2 manis anggota NATO. Zelenskyy perlu angkat bendera putih dgn kadar segera sebelum Putin menggunakan kuasanya menukar Presiden Ukraine seperti dilakukan Amerika terhadap Saddam Hussein.
Jika saya jadi Volodymyr Zelenskyy… mendengar statement terbaru Putin yg tujuan mereka bukan utk menjajah Ukraine. Adalah lebih baik dia lakukan sesuatu dgn segera (diplomasi politik bersama Putin) utk keselamatan rakyat dan ekonomi Ukraine.
Terus berperang dgn Russia ibarat durian dgn timun. Menggelak luka, kena gelek pun luka. Jadi saya tidak menyebelahi mana2 tapi demi nyawa rakyat Ukraine dan ekonomi, kedua pemimpin ini perlu berunding dan berdamai.
Lagipun Putin bijak bermain sentimen. Dia sgt disenangi oleh penduduk Islam kerana dasar terbuka dan berbaik dgn penduduk Islam di Russia yg semakin berkembang selain negara2 Islam seperti Turki & Chechen. Kata Putin, Islam berkembang di Russia dan org Islam tidak perlu ditakuti kerana mereka bukan ancaman.
Bab Ramzan Kadyrov yg sdg viral di mana tenteranya dilihat membantu Russia. Bab ini panjang nak ulas ( kena artikel khas mengenainya ).
Dia ini hanya sebagai penyambung legasi bapanya, Akhmad Kadyrov yg berpaling tadah kpd Moscow dan membuatkan Mujahiddin Chechen berang kpdnya..
Bapanya dilantik oleh Putin utk menjadi Presiden Chechnya… saya nampak Kadyroz hanyalah sebagai puppet Putin seperti mantan Presiden Ukraine, Yanukovych yg dilindungi Putin seperti saya tulis di atas.
Kesulitan Zelenskyy ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. Bersetuju syarat Putin negara dan jawatannya selamat. Tapi kemungkinan Eropah akn berikan tekanan ekonomi. Tanya saya… saya akn pilih pilihan pertama.
Kata wanita hebat Sissy Gavrilaki, “Sometimes, it's not the times u decide to fight but the times u decide to surrender, that make all the difference.”
Ini pandangan penulis tidak memaksa kalian menerimanya. Seperti saya katakan artikel ini dari kacamata saya. Org lain…mungkin lain tafsirannya… yg benar2 tahu apa yg tersirat hanya Putin dan Maha Agung, Allah.