STEVEN SIM
"Biar mereka perli saya, saya tetap akan bantu ibu-ibu yang
susah."
Saya
bangga teramat sangat dengan Saudara Andrew Chen Kah Eng calon PH DUN Stulang.
Ketika
kerajaan buat PKP, Darurat, tutup sini sana tanpa fikir panjang lebar tentang
kelangsungan hidup rakyat biasa, ramai ibu menyusu yang terkandas di Singapura
kerana terpaksa mencari rezeki di sana tidak dapat pulang ke tanah air.
Ibu di
Singapura, bayi kecil di Johor, terpisah oleh Selat Johor dan dasar kerajaan
yang tidak pedulikan hidup mati rakyat.
Oleh
sebab kerajaan tak hirau rintihan para ibu ini, Andrew sendiri telah bantu
hampir 600 orang ibu menyusu yang terkandas di Singapura menghantar susu ibu
kepada anak-anak mereka di Johor.
Seluruh
usaha ini mendapat pengiktirafan besar masyarakat setempat termasuk komuniti
rakyat Johor yang menetap di Singapura untuk mencari rezeki.
Namun ada
pihak lawan yang perli Andrew ini sebagai "milkman" atau "lelaki
penghantar susu".
Malah
mereka kata Andrew patut jadi milkman bukan jadi wakil rakyat.
Ini satu
kenyataan yang amat jahat.
Ya,
mungkin mereka yang tidak berperikemanusiaan boleh membuat lawak perkara ini,
tapi untuk 600 orang ibu menyusu dan bayi-bayi mereka, di masa kerajaan tidak
menghiraukan nasib mereka, usaha Andrew amat-amat penting buat mereka.
Saya
bangga teramat sangat dengan Andrew.
Jalan
teruih saudara!
Saya ajak orang Stulang
undi Andrew Chen Kah Eng ζΎη¬³ζ© calon Pakatan
Harapan DUN Stulang.