BERSAMA ANAK-ANAK MUDA DI PD






Petang tadi saya bersama dengan anak-anak belia dalam satu program anjuran bersama dengan Majlis Belia Malaysia yang diwakili oleh saudara Jufitri Joha.
Saya singkap pengalaman saya sewaktu memimpin majlis itu, serta memberi pencerahan berhubung beberapa persoalan falsafah dan politik dunia.
Saya percaya anak-anak muda harus guna kesempatan usia yang ada untuk tingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan sejarah, baca seberapa banyak buku dari pelbagai genre serta mesti punya minat untuk menguasai beberapa bahasa asing.