YA PULAK

 

Aku tak faham. Polis nak siasat siapa yang muat naik video berdurasi 29 saat tentang seorang anggota polis sedang memantau solat Jumaat. Aku belum tengok videonya. Tapi apa yang salahnya?

Kalau nak kata menimbulkan kegusaran awam, apa yang masyarakat gusarkan dengan video tersebut? Yang orang gusar adalah bila dihalang solat jemaah di masjid. Hak beragama dirampas. Bukan video tu.

Lainlah kalau video itu diedit. Itu dah buat fitnah. Tapi... Kalau kata dia kritik tindakan polis pun apa yang salah? Ini negara demokrasi. Bukan negara polis. Orang awam berhak untuk bersuara!

Siapa tak marah bila acara maksiat, sukan dan politik semuanya seolah tiada sekatan tapi bab solat, polis rajin pula nak pantau. Cuba buat kalau tak booster, tak boleh mengundi di Johor. Berani?

Aku belum tengok video tu cuma baca di portal berita. Setakat yang aku baca, tak nampak mana salahnya. Video begitu takkan timbulkan kegusaran awam. Sebaliknya orang lebih gusar apabila polis suka tangkap mereka yang kritik kerajaan dan polis. Guane boh?

Raja Gelap