POLITIK ITU KEJAM SEPERTI LUMPUR





NORMAN RADZUAN


PH lawan salah guna kuasa pemimpin dgn seni politik

Terlalu banyak sejarah silam boleh dijadikan tauladan

POLITIK ITU KEJAM SEPERTI LUMPUR

Semalam seorang lagi anak muda selepas seorang MP Utara berhujah di wall saya….kita perlu mendidik masyarakat bukan mengikut kehendak mereka utk menggunakan wang KWSP.

Dlm hujah sebelum itu bersama MP Utara, saya beritahu anda sepatutnya menjadi Pensyarah bukannya ahli politik. Hendak mendidik di IPT… politik ini satu peperangan sekejam peperangan menggunakan ketenteraan. Kita perlu bersedia dgn konsekuansinya.

Pernah mendengar buku Art Of War atau buku karya Niccolo Machiavelli? Art Of War mungkin ramai sekadar membacanya tapi ramai juga tidak membaca kisah Machiavelli.

Bukunya 'The Prince' memberi pengaruh besar

pada politik selepas itu dgn prinsip dan falsafah yg dibincangkan membawa satu dimensi baru. Falsafah politik Machiavelli mula dapat diterima pakai org ramai. Diktator terkenal dunia seperti Benito Mussolini dan Joseph Stalin adalah pemimpin yg mengamalkannya.

Tun Mahathir Mohamad juga didakwa kerap mengamalkan falsafah Machiavelli dlm merangka perancangan serta keputusan dasar negara. Apa dasarnya ?

Machiavelli menyatakan sekiranya seorang pemimpin perlu memilih utk disayangi atau ditakuti…adalah lebih baik memilih utk ditakuti. Ia kerana keselamatan dan kuasa pemimpin tersebut lebih terjamin.

Tentang Erdogan terlalu kerap saya ceritakan. Bila Erdogan bangkit dari kekalahan parti AKP dia berkempen partinya bersifat sosialis. Namun dlm tempoh 20 tahun Erdogan mengubah perlahan lahan bumi Uthamaniah ini utk kembali kpd Islam sebenarnya selepas pemerintahan kuku besi Kamal Artatuk.

Pun begitu wajah ditaktor itu masih dibiarkan tergantung dibangunan2 kerajaan Turki kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan kpd pentaksub Kamal Artatuk yg dianggap bapa pemodenan Turki. Itu tidak penting… yg penting rakyatnya kini mudah menutup aurat dan menjadi payung kpd negara2 Islam.

Begitu juga negara China dlm melakukan perubahan hingga menjadi kuasa ekonomi dunia mereka. Ya mereka hapuskan rasuah tetapi negara yg lahirnya buku Art Of War ini memegang kata azimat pemimpin

tertinggi China ketika itu, Deng Xiaoping.

"Kalau mahu mengubah keadaan China, kita harus

‘taoguang yanghui’. Bertenang, bertenang dan bertenang. Kita buat kerja sendiri dan tunggu masa

yang sesuai'.

Penganalisis Barat menterjemah maksud ‘Taoguang Yanghui’ dlm bahasa Inggeris 'hide our capacities and bide our time' yg bermaksud 'menyimpan kekuatan dan menunggu masa'.

Nampak seni politik mereka tak ubah seperti perjanjian Hudaibiyah. Kini China menghampiri penguasaan ekonomi dunia secara total.

Jgn kata mereka Rasulullah saw sendiri sebagai ketua peperangan menggunakan pelbagai strategi terutama di Perang Badar dan Uhud. Ada riwayat mengatakan Rasulullah beritahu sahabat perbincangan mereka itu mesti dirahsiakan walaupun kpd isteri masing2.

Sb itu kita bukan sekadar baca tetapi memahami maksud tersirat di dlm buku Art Of War. Seperti kepung Wei utk selamatkan Zhao, berpura menyerang dari timur tapi menyeranglah dari barat, mengorbankan Perak utk dptkan emas dan byk lagi.

Selalu saya katakan pemimpin UMNO itu ramai graduan luar negara. Adakah mereka sebodoh itu bercerita soal KWSP? Tidak sebab mereka adalah pemain politik yg tahu demografi atau kenal sifat dan sikap bangsanya dlm politik negara kita.

Kita jgn tgk negara barat. Kita jgn lihat negara Brunei yg kecil tapi kaya dgn sumber minyak. Malah negara Brunei mengamalkan sistem monarki mutlak. Kita kena lihat dimana kelemahan pengundi kita. Kita dgn cara kita walaupun dilihat kebelakang.

Kpd adik itu kena byk belajar dgn Inggeris dan UMNO. Mereka bukan bodoh tapi melayan kebodohan utk sebuah kemenangan. Sebab itu PAS mudah bermain dalil adik… dalil yg kelakar seram pun ditelan bulat2 oleh walaun2 mereka.

Dipendekkan cerita belajar dari Tun Mahathir yg licik itu. Pecah dan perintah. PH menjadi lemah seperti skg kerana strategi pecah dan perintah Tun Mahathir menjadi hingga dilihat DAP dan Amanah tidak solid bersama PH seperti sebelum ini.

Jadi utk kalahkan UMNO parti ini perlu dipecahkan. UMNO terkesan PRU14 selain faktor 1MDB, GST, Rosmah Mansur dan salah guna kuasa… 20% kerana ahlinya berpecah menyertai PH melalui Bersatu.

Ok cukuplah dan harap faham kenapa kita kena main isu populis. Nampak lekeh dan tidak akademik tetapi itulah antara formula paling mujarat. Dah dpt jadi kerajaan baru kita didik perlahan lahan mcm org Tabligh buat.