Kenyataan Media
24 Februari 2022
PRN JOHOR : KEADILAN DAN PAKATAN HARAPAN WAJAR TUNTUT SEMULA
KERUSI MUDA
Tindakan Muda yang memutuskan untuk meletakkan calon di kerusi
Larkin pada PRN Johor kali ini sudah menjejaskan kerjasama dan usaha terhadap
muafakat penyatuan parti pembangkang.
Muda yang pada awalnya sudah ditawarkan 3 kerusi oleh KEADILAN
dan beberapa kerusi yang lain oleh DAP dan Amanah perlu menghormati rakan dan
runding sebaik-baiknya sebelum proses pemilihan calon diadakan.
Jika Muda terus berlagak sebagai abang besar seperti ini, maka
tiada faedah dan manfaat kerjasama ini dibincangkan serta mereka sebaik-baiknya
memilih jalan yang sama seperti Pejuang dan Warisan.
Sikap Muda bukan sahaja boleh menjejaskan keharmonian kerjasama
politik, malah konteks yang lebih luas untuk kita pertimbangkan adalah perasaan
akar umbi dan kemungkinan yang akan berlaku menjelang hari pengundian.
Ruang dan peluang masih terhidang buat KEADILAN untuk berbincang
semula bersama-sama Amanah dan DAP bagi meletakkan calon di kerusi-kerusi yang
sudah diberikan kepada Muda terutamanya N41 Puteri Wangsa.
FARHASH WAFA SALVADOR