Rancangan Makanan Tambahan RMT merupakan pemberian makanan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.
Menerusi semakan di portal Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, bajet yang diperuntukkan bagi seorang pelajar di Semenanjung adalah sebanyak RM 2.50 bagi setiap murid manakala di Sarawak, Sabah dan Labuan RM 3.00 bagi tempoh 190 hari.
Namun, di sebalik pemberian makanan percuma ini seorang wanita menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook, tampil meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan makanan yang diterima oleh cucu saudaranya.
Wanita ini mend.akwa makanan tersebut merupakan makanan RMT yang diterima di sekolah sebelum dibawa pulang ke rumah.
Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat satu bungkusan nasi dengan sedikit kuah tanpa sebarang lauk mahu pun sayur-sayuran.
Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?.
Gambar Hiasan
Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?.
Respon Menteri Kanan Pendidikan
Ujar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pihak KPM memandang s.erius dengan d.akwaan tersebut dan s.iasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti sekolah yang terlibat.
Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan RMT.
KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.
Wanita Ini Jawab Persoalan
Yang buat andaian budak itu sudah makan lauk sebagainya, jawapannya tidak. Dia memang bawa balik lebihan ke rumah. Kiranya as where as it is. Boleh tengok gambar ye, ada nampak seperti diusik oleh seseorang? Budaknya sangat cermat, boleh nampak makanan tu masih elok kedudukannya walaupun sudah dibawa balik?.
Kedua, sebelum itu, mak dia sudah tanya berkali-kali, t.akut anak dia sudah makan lauk jika ada dahulu. Itu yang dia sedih memikirkan jika makanan begitu hari-hari dihidangkan buat anak dia. saya meletakkan jika ye.. Jika.. Jadi bukan meny.alahkan sesiapa.
Tunggu siasatan. Telah diajukan pada AJK. Harap bukan nanti alasan semata perkara biasa kalau nak tutup kes.
Maaf kalau ada kata saya tutup komen sebab maybe wrong somewhere, sebenarnya takut dengan komen netizen yang agak mela.mpau bagi saya. Kesian emak budak tu baca.
Actually kisah RMT yang t.eruk ni bukan kali ni je, memang selalu sahaja ada dimana2 satu Malaysia. Kita mungkin rasa eh, tak mungkin, tapi realitinya memang ada k.es, boleh rujuk kepada PPD. Kenapa sampai ke PPD kalau kata sekolah memantau setiap kali? Sebab ada orang boleh accept, ala makanan budak je, budget rendah je. Ini memang terjadi.
Btw, saya kenal friendlist saya yang selalu komen baik-baik, kalau tegur pun baik. G.aduh pun manja-manja je. Jadi sebab itu saya limit komen pada friendlist saya sahaja. Saya pun jenis kalau komen mungkin ada 1-2 yang h.arsh selama saya berFB ni, selain itu hanya komen kelakar, mengusik atau komen baik-baik walaupun teguran.