HABUAN MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN.

 





57tSc2g2s334r
1ltam
 
HABUAN MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN.
Sejak 10 tahun dulu saya dan rakan-rakan NGO berlawan dengan sendiket perjudian. Bermula dengan merempuh masuk premis, memecah mesin judi dan memantau lokasi-lomasi premis judi. Kami akhirnya menubuhkan GBAH - Gerakan Banteras Aktiviti Haram bersama antaranya Ariffin Abu Bakar , Yusuf Azmi , Presiden Perkid dan rakan-rakan lain dibantu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) .
Sejak 2018, sendiket judi makin lemah. Mereka tidak lagi membuka kedai judi mesin komputer tetapi berevolusi mengaburi mata pihak berkuasa dengan membuka kedai sebaneka, kedai telefon dan premis yang sengaja dibuka untuk menjual topup judi. Agen-agen digerakkan dan diberi komisen untuk menarik kaki judi.
Sejak dulu hingga kini kami menjadi mangsa pihak berkuasa. Bila kita serbu kedai judi, kita akan dikenakan tindakan, didakwa menceroboh dan samun. Peliknya kita yang menjalankan kerja pihak berkuasa dijadikan sasaran manakala tauke-tauke judi terus bebas. Sebagai contoh, Dato Sri Jamal Yunos hingga hari ini turun naik mahkamah kerana merempuh kedai judi. Ini semua kerana rasuah.
Apa yang berlaku kepada saya hari ini adalah perkara biasa. Cuma kita mahu ingatkan pihak berkuasa, kami tidak akan diam. Jangan ingat gari di tangan ini akan menakutkan kami.
Saya sudah dihubungi rakan-rakan dari pelbagai NGO dan perseorangan. Mereka mahu kita kembali memgambil alih tugas pihak berkuasa yang gagal melaksa akan tanggungjawab dan amanah masyarakat. Insyaallah kita akan kembali.