KRITIK MENTERI SUPAYA RAKYAT SEDAR

Bila aku kritik menteri, ada yang kata aku anti Melayu. Saja nak tunjukkan orang Melayu tak reti memerintah. Nak malukan Melayu.

Padahal aku tak kira kaum. Jadi menteri, kalau bodoh semacam, aku bahan. Tapi sudah kebetulan majoriti menteri yang bangang tu Melayu. Aku nak buat macamana?

Ni contohnya. Zuraida kata Orang Utan bunuh manusia. Kalau dah tahap macam ni kenyataan dia, tak cukup bodoh lagi?

Dia bayang Orang Utan ni macam dalam filem Planet of the Apes agaknya. Boleh pegang senapang, boleh naik kuda, boleh bunuh orang...

Zuraida kata, kalau kita jumpa Orang Utan, sebelum kita bunuh dia, Orang Utan bunuh kita dulu. Susah nak jelaskan kedunguan dia dah sampai level berapa.

Mungkinlah, akibat makan duit hasil pendapatan daripada pengkhianatan, sebab itu otaknya semakin hari semakin mengecil.

Aku kata menteri bodoh. Bukan kata orang Melayu bodoh. Ada orang Melayu yang bijak macam Rafizi, Nurul Izzah, Dr. Maszlee dan ramai lagi.

Cuma sebab mereka ini cerdik, maka mereka tak mahu duduk sekali dengan puak bodoh ini. Kita beruntung kalau Melayu cerdik ini yang mentadbir negara. Tapi agak susah. Sebab pengundi bodoh tak suka dengan pemimpin yang cerdik...

Raja Gelap